About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Friday, January 01, 2010

2009: Tahun Kebangkitan MASSA



Bersama kita imbas kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2009:

1. Mesyuarat Agung MASSA (AGM) 2009 telah diadakan pada 21 Januari 2009 menyaksikan 6 ahli Majlis Tertinggi (MT) dipilih secara undian oleh para pelajar yang hadir. MT kemudiannya mengadakan sesi temuduga antara 10 hingga 12 Februari 2009 untuk mencari ahli-ahli biro.

2. 24 Februari 2009 penyerahan portfolio dan tandatangan akur janji serta perlantikan secara rasmi setiap ahli jawatankuasa MASSA 2009 diadakan.

3. Program pertama anjuran MASSA untuk 2009 adalah Majlis Induksi Pelajar Baru Semester 1 yang diadakan pada 1 Mac 2009.

4. MASSA bekerjasama dengan Seketeriat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan ahli MPP FKPM dalam membantu penganjuran Majlis Anugerah Dekan kali ke-6 pada 6 April 2009.













5. Majlis Jamuan Penghargaan MASSA diadakan pada 7 April 2009 untuk meraikan pensyarah dan adhoc yang membantu dalam menjayakan Majlis Induksi dan Majlis Anugerah Dekan.

6. Empat ahli jawatankuasa MASSA telah menyertai Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi UiTM yang dianjurkan pada 10 hingga 12 April 2009 di UiTM Puncak Alam.

7. Blog MASSA beroperasi secara rasmi pada 12 April 2009 manakala Radio UFM boleh didengari secara langsung di sini semenjak 10 Mei 2009.

8. En. Abu Yamin dilantik menjadi Penasihat Kedua MASSA pada Mei 2009 dan perjumpaan sulung antara Presiden MASSA dengan beliau telah diadakan pada 4 Jun 2009.

9. MASSA merapatkan hubungan dengan alumni FKPM apabila turut serta menyertai Super Bowling XMC 2009 pada 13 Jun 2009.

10. Perjumpaan kelab dalaman FKPM diadakan pada 7 Julai 2009 dimana dalam perjumpaan ini diterangkan kedudukan setiap kelab-kelab dalaman FKPM yang berada di bawah naungan MASSA.

11. Program Ramah Mesra Pelajar Baru Semester Satu dan Semester Tiga diadakan pada 8 dan 9 Julai 2009.

12. Program terbesar anjuran MASSA untuk 2009 iaitu Program Pemantapan Wawasan yang diadakan pada 10 Julai 2009 melibatkan tiga sesi; pagi, petang dan malam. PPW juga merupakan program pertama kerjasama MASSA dengan semua kelab-kelab dalaman FKPM.








13. Logo baru MASSA dilancarkan secara rasmi pada majlis penutup PPW iaitu malam 10 Julai 2009. Logo ini adalah ciptaan Sarul Akram Zainudin (Bendahari MASSA).



14. Group MASSA di Facebook dilancarkan pada 8 Ogos 2009.

15. Pada Ogos 2009 menyaksikan transformasi bilik gerakan MASSA yang dilakukan selepas MASSA secara rasmi mengambil alih bilik tersebut apabila MPP dan SMF berpindah bilik.

16. Kempen Mencegah H1N1 dilancarkan pada 24 Ogos 2009. MASSA dengan kerjasama kelab-kelab dalaman berjaya menjadikan FKPM sebagai fakulti pertama yang menganjurkan kempen sebegini di peringkat fakulti UiTM Shah Alam ketika virus H1N1 hangat diperkatakan. Kempen telah berlangsung selama sebulan!

17. Buat julung-julung kalinya, MASSA menganjurkan program berbentuk kerohanian pada 3 September 2009 iaitu Bertamu Di Anjung Raudhah yang dianjurkan semperna bulan Ramadhan.

18. Beberapa lagi program diadakan sepanjang bulan Ramadhan iaitu Mass Communication Islamic Month (M.I.M), pertandingan blog dan kelas make-up bersama FARMASI.

19. AJK MASSA mengadakan rombongan ke Pulau Pinang pada 11 hingga 13 September 2009. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menghadiri majlis amal Nur Ramadhan, kunjungan ke Maadad Tahfiz Ibnu Sina dan sesi dialog bersama Dean's List Club UiTM Pulau Pinang.





20. MASSA membuat percubaan menghasilkan t-shirt untuk fakulti.

21. Majlis Penghargaan MASSA atau rumah terbuka Aidilfitri MASSA telah diadakan pada 5 Oktober 2009.



22. MASSA sekali lagi terlibat membantu fakulti dalam penganjuran Majlis Anugerah Dekan Kali Ke-7 pada 9 Oktober 2009.

23. AJK MASSA terlibat untuk membantu perjalanan program Seminar Antarabangsa ISCCSR 2009 anjuran bersama FKPM dan Universitas Andalas, Bandung Indonesia.


Inilah sedikit sebanyak rangkuman aktiviti MASSA sepanjang 2009 - tahun yang boleh dikatakan sebagai tahun kebangkitan MASSA. Bangunnya MASSA bukan hanya kerana kami AJK MASSA tetapi juga berkat kerjasama yang baik yang diberikan oleh penasihat MASSA, dekan, timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua program, pensyarah, staf pentadbiran, staf ICT, pengusaha cafe, Majlis Perwakilan Pelajar, SMF, Kelab-kelab Dalaman FKPM, adhoc program-program anjuran MASSA dan semua pelajar FKPM. Kami di pihak MASSA mengucapkan jutaan terima kasih!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...