About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, April 07, 2009

Majlis Anugerah Dekan Ke-6



Alhamdulillah pada Isnin, 6 April 2009 telah berjalan dengan lancar Majlis Anugerah Dekan Kali ke-6 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Dewan Annexe. Majlis ini dirasmikan oleh Dekan FKPM, Prof Madya Adnan Hashim dan diserikan dengan kehadiran Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber, Prof Madya Jamaluddin Abd Rashid, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Kualiti, Dr. Abd Rasid Abd Rahman, Ketua-ketua Program dan para pensyarah.

Majlis ini dianjurkan bersama gabungan pensyarah, staf sokongan FKPM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) FKPM, Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan MASSA sendiri. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menganjurkan majlis ini dan setinggi-tinggi ucapan tahniah juga ditujukan kepada para penerima Anugerah Dekan untuk kali ini. Teruskan kecemerlangan anda!

" Ilmu Digalas, Akhlak Dipelihara "

Ketibaan Dekan FKPM diiringi Pengarah Program, Miss Baby Anusha

Dekan FKPM disamping dua Timbalan Dekan

Penerima Anugerah Khas Keseluruhan menerima 'hadiah istimewa' daripada Ketua Program Penyiaran, En. Khairuddin Othman

Persembahan kejutan daripada pensyarah FKPM, Miss Mel

Para penerima Anugerah Dekan dari Kolej Bersekutu, Kolej Shahputra

Kepuasan terpancar dari wajah ahli-ahli jawatankuasa penggerak selepas majlis tamat






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...