About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, July 07, 2009

Perjumpaan Persatuan Dalaman FKPM

Amanat dari En. Abu Yamin

Wakil-wakil kelab dalaman dan AJK MASSA yang hadir


Tarikh - 7 Julai 2009 (Selasa)
Tempat - BK7, FKPM
Masa - 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang

Satu perjumpaan antara MASSA dengan persatuan-persatuan dalaman FKPM telah diadakan seperti dalam butiran di atas. Agenda utama perjumpaan adalah tentang penerangan kedudukan setiap persatuan dalaman di FKPM, perancangan untuk Program Pemanttapan Wawasan (PPW) dan hal-hal berbangkit.

Pelajar yang hadir dalam perjumpaan ini adalah seramai 26 orang.
  • MASSA - Suhaila, Meor Iszwan, Siti Nadia, Aril, Fifi, Siti, Fiezreen, Alif, Nadia, Caca, Ain, dan Tashreeq
  • Journalism Society - Aizat, Syawal dan Juliana
  • IPRMSA - Tasnim, Anuar dan Sara Tasya
  • Broadcasting Club - Faiz
  • AdClub - Amalia dan Siti Nadia
  • Publishing Club - Fizrie, Suhaimi dan Khairil Anwar
  • IIM - Shabby dan Faizal
Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Tashreeq. Seterusnya Penasihat MASSA, En. Abu Yamin yang sudi hadir memberikan sedikit kata-kata aluan dan penerangan. Antara amanat yang disampaikan oleh En. Abu Yamin adalah tentang struktur kedudukan MPP, SMF, MASSA dan juga persatuan-persatuan yang lain. MPP berada di kedudukan teratas dan dibawahnya terdapat dua cabang iaitu SMF dan juga MASSA dan di bawah MASSA terletaknya persatuan-persatuan dalaman FKPM yang lain.

Mengenai pembahagian tugas dan penerangan, En. Abu Yamin menerangkan bahawa SMF akan berperanan untuk menjaga kebajikan pelajar dan menjalankan program-program HEP seperti Sukan Antara Fakulti (SAF) manakala MASSA dan persatuan dalaman yang lain akan menjalankan program-program yang mengfokuskan pada program profesional yang bercorak akademik dan program yang memupuk soft skills pelajar. Perkara lain yang ditekankan oleh En. Abu Yamin adalah mengenai perancangan proposal, bajet dan juga laporan aktiviti setiap persatuan yang harus dilakukan secara teratur dan teliti.

Selepas ucapan dari En. Abu Yamin, perjumpaan diteruskan dengan mesyuarat pembahagian tugas kepada setiap persatuan mengenai pelaksanaan PPW yang akan diadakan pada 10 Julai ini. Pembahagian tugasan telah dilakukan dengan lancar dan persetujuan telah dicapai daripada semua pihak. Dalam mesyuarat ini juga telah dipersetujui semua ahli Majlis Tertinggi persatuan dalaman selain MASSA diserapkan ke dalam biro program dan Saudari Amalia dari AdClub dipilih secara undian untuk menjadi koordinator biro program.

MASSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap wakil persatuan yang sudi hadir. Moga kerjasama dan jalinan yang terjalin antara kita akan terus kukuh demi kepentingan para mahasiswa di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...