MASSA kini menerima penasihat kedua dalam ahli jawatankuasa MASSA sesi 2009/2010 iaitu En. Abu Yamin Salam, pensyarah yang cukup dikenali di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang juga pernah belajar di fakulti ini pada tahun 1980 hingga 1983 pengkhususan dalam bidang kewartawanan.
Perlantikan En. Abu Yamin sebagai Penasihat kedua MASSA telah disahkan secara rasminya dalam satu pertemuan antara Presiden, Suhaila Kamal dengan Penaung MASSA yang juga merupakan Dekan Fakulti, Prof. Madya Mohd Adnan Hashim pada 11 Mei 2009 yang lalu.
Selamat datang ke dalam keluarga MASSA diucapkan kepada En. Abu Yamin dan semoga gandingan beliau bersama Puan Hariyati sebagai Penasihat akan menjadikan MASSA lebih aktif dalam menganjurkan aktiviti di masa mendatang dan terus maju menuju kegemilangan yang dicita-citakan.