About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Wednesday, September 16, 2009

Rombongan MASSA Ke Pulau Pinang



Pada 11 hingga 13 September 2009 lepas, MASSA telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang untuk menyertai beberapa program yang telah diaturkan di sana. Seramai 9 orang AJK MASSA menyertai rombongan ini iaitu empat orang ahli majlis tertinggi, Suhaila, Meor Iszwan, Siti Nadia dan Aril serta lima lagi daripada pelbagai biro iaitu, Acip, Ayien, Tashreeq, Caca dan Bukhari. Seorang lagi yang menyertai rombongan MASSA ini adalah seorang pelajar Program Kewartawanan MC221 iaitu Syada yang bertugas sebagai wartawan lokasi.

MASSA ingin mengambil kesempatan di sini untuk memberikan penghargaan kepada nama-nama berikut:
  • En. Anderson (Penasihat Dean's List Club dan pensyarah di Fakulti HOTEL, UiTM Pulau Pinang)
  • En. Zamri (Floor Manager untuk program Nur Ramadhan)
  • Tuan Haji Shafer Othman (Pengerusi MTIS)
  • Ustaz Ahmad Nazim Shafie (Pengetua MTIS)
  • Semua tenaga pengajar dan para pelajar di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Bukit Mertajam
  • Sahabat-sahabat daripada Dean's List Club UiTM Pulau Pinang
  • Nad, Mel dan kawan-kawan baru di Pulau Pinang
  • Abang Yazid (pemandu van UiTM yang kami naiki)
MASSA mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami, banyak membantu kami dan memberikan kenangan manis kepada kami sepanjang berada di Pulau Pinang.

Untuk laporan setiap aktiviti di Pulau Pinang akan di pecahkan dalam entri-entri berikutnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...