Taklimat program dan persiapan terakhir :
11 September 2009 (Jumaat), Hotel UiTM Pulau Pinang
Sejurus tiba di UiTM Pulau Pinang, tanpa membuang masa kami terus dibawa berjumpa dengan En Zamri yang memberikan sedikit taklimat berkaitan majlis amal berbuka puasa yang akan di adakan pada waktu malamnya. Selepas itu kami membantu serba serba sedikit dalam persiapan terakhir sebelum majlis bermula seperti menggubah bunga hiasan, membuat hiasan meja dan sebagainya.
Majlis amal berbuka puasa ini diberikan nama Nur Ramadhan dan merupakan anjuran Pusat Perhubungan UiTM - Industri (UiLC) UiTM Pulau Pinang. MASSA terlibat secara langsung dalam program ini di mana dua AJK MASSA iaitu Presiden, Suhaila Kamal dan Tashreeq diberi tanggungjawab untuk menjadi emcee pada majlis berkenaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh ADUN Seberang Jaya, YB Datuk Arif Shah Hj. Omar Shah.
MASSA berbesar hati kerana nama MASSA turut dicatit dalam penghargaan di buku program yang diedarkan kepada para tetamu. Selesai program, kami bersama-sama membantu untuk mengemas semula kawasan lobi hotel tempat program berlangsung sebelum masuk berehat.