

2. Blog MASSA menghangatkan demam pilihanraya kampus UiTM Shah Alam yang diadakan pada 28 Januari 2010 di mana MASSA memberi peluang kepada kelima-lima calon MPP FKPM yang bertanding untuk berkempen di blog MASSA.

4. Awal bulan Mac, MASSA melancarkan undian untuk t-shirt fakulti di blog MASSA dimana semua rekaan dihantar oleh kelab-kelab dalaman FKPM.
5. AJK MASSA membantu pihak fakulti dalam menguruskan booth FKPM di program Selangkah Ke UiTM 2010 yang diadakan pada 13 dan 14 Mac 2010 dimana FKPM muncul juara booth terbaik kategori Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan.
6. AJK MASSA sekali lagi membantu pihak fakulti untuk muncul pemenang tempat ketiga booth terbaik fakulti pada Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diadakan pada 17 dan 18 Mac 2010.
7. Meneruskan tradisi, MASSA bersama pengurusan fakulti sekali lagi berganding bahu menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Kali ke-8 pada 26 Mac 2010.

10. Membuka semester Julai-November 2010 adalah penganjuran Program Pemantapan Wawasan yang diadakan pada 18 Julai 2010 untuk 'meraikan' kedatangan pelajar baru FKPM Shah Alam.

11. MASSA melangkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama dengan GPMS UiTM Shah Alam dan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menganjurkan ceramah Menangani Gangguan Seksual pada 2 Ogos 2010.

12. Kenangan yang pastinya paling tidak boleh dilupakan AJK MASSA adalah semangat 1MassComm yang ditunjukkan dalam persembahan flash mob pada perbarisan Majlis Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti (SAF) yang diadakan pada 6 Ogos 2010.
13. MASSA berkerjasama dengan SMF FKPM dalam penganjuran Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk pada 24 Ogos 2010.
14. Majlis Anugerah Dekan sekali lagi menjadi tanggungjawab MASSA untuk merealisasikannya pada 4 Oktober 2010.
15. AJK MASSA 2010 diraikan oleh AJK MASSA 2011 dalam majlis makan malam di Malam Apresiasi MASSA yang diadakan pada 1 Disember 2010.
Inilah sedikit sebanyak himpunan aktiviti anjuran MASSA yang diadakan sepanjang 2010. Di bawah kepimpinan saudara Hamzani memperlihatkan semangat 1MassComm mula ketara dikalangan pelajar FKPM dimana jurang antara sequence dan pelajar lepasan diploma dengan pelajar lepasan STPM/Metrikulasi/Diploma lain dapat sedikit sebanyak dipecahkan. Tahniah buat semua AJK MASSA Sesi 2010.
