About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, August 08, 2010

Pelajar FKPM Riuhkan Majlis Perasmian Penutup SAF 2010



Pada 6 Ogos 2010 (Jumaat) lepas telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti (SAF) 2010 di Stadium UiTM. Seperti kebiasaannya setiap tahun akan diadakan pertandingan perarakan daripada setiap fakulti bertanding dan pada tahun ini perarakan daripada pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) menampilkan gayanya yang tersendiri dan menghiburkan.

Pertandingan pada malam tersebut telah dimenangi oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) manakala tempat kedua dimenangi Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP). Walaupun tewas (penyertaan dibatalkan kerana lebih masa), perarakan flash mob pelajar FKPM berjaya menarik perhatian setiap yang hadir di stadium dan dikatakan yang paling menarik untuk ditonton.

Cita-cita MASSA nak satukan semua orang dah tercapai melalui MassComm Nite dan Flash Mob! I really miss the moment where masscomm as masscomm again and not as Broad, Advert, Journ, Publishing, PR, Instructional, Interpersonal or Policy. We are 1 Masscomm people, wherever we go we still Masscomm! Deep in our heart..

Thanks semua! Thanks kepada Amira, Husnul, Arashy, Syikin dan Atta yang mula create untuk buat performance dan menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang. Tak lupa Faiz Becker yang membantu memberi idea dan susunan walaupun tak dapat join. But I do believe semua orang happy!

Harap MASSA akan datang akan melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan MassComm di UiTM Shah Alam. Walaupun pada malam perasmian penutup nama kita tak disebutkan lansung selain announcement sewaktu kawad, but I believe budak-budak flash mob telah mencipta satu mercu tanda untuk SAF! Terima Kasih semua..



Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam flash mob berkenaan! Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Dekan FKPM, Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim dan Timbalan Dekan HEP dan Sumber, Prof Madya Jamaluddin Abd Rashid kerana turut hadir pada malam tersebut.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...