About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, January 23, 2010

Pertandingan Lima Penjuru Di FKPM


Selepas tamat pengumuman calon yang layak bertanding seperti yang diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Dato' Dr. Nasuddin Othman, maka bermulalah kempen piliharaya kampus UiTM untuk memilih wakil setiap fakulti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2010/2011. Kempen hanya akan tamat pada jam 12.00 tengah malam apabila masuk hari pengundian pada 28 Januari 2010 (Khamis).

Seramai lima orang calon daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) layak untuk bertanding (gambar). Mahu kenali siapa mereka? Tunggu entri berikutnya yang akan memberi peluang secara adil kepada setiap calon menggunakan ruang maya MASSA untuk berkempen.

Berikut adalah koleksi gambar sekitar pengumuman calon yang layak bertanding di kawasan ruang legar Bangunan Budisiswa :














Gambar koleksi Facebook Salma Zais




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...