About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, January 23, 2010

Acip Berlepas Ke Amerika Syarikat Hari Ini

Seorang lagi pelajar Semester Enam FKPM iaitu saudara Mohd Alif Bin Abu Bakar daripada MC223 Broadcasting akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Januari 2010 (Sabtu) pada jam 11.40 malam untuk menjalani latihan praktikal di Woub AM/FM Broadcasting, Athnes, Ohio. Tempat praktikal tersebut adalah sama dengan dua pelajar FKPM iaitu Nur Zatil Hidayah Dzulkifli dan Mahirah Abd Wahid yang telah berlepas ke sana 10 Januari lepas.

Mohd Alif atau Acip (gambar) merupakan bekas ahli jawatankuasa MASSA Sesi 2009 di bawah Biro ICT dan Dokumentasi. MASSA mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal dan semoga sentiasa berada dalam keaadaan dan kesihatan terbaik hendaknya.

Masih ada beberapa pelajar FKPM yang masih menguruskan dokumen penting mereka untuk berpraktikal ke luar negara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...