About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, December 12, 2010

Malam Apresiasi MASSA

MASSA telah mengadakan majlis makan malam ringkas pada Malam Apresiasi MASSA yang menemukan AJK MASSA 2010 dengan bakal pengganti mereka iaitu barisan AJK MASSA 2011 yang baru dipilih. Majlis ini telah diadakan di Kedai Kopi, Shah Alam pada 1 Disember 2010 yang lalu.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sesi perkenalan dan ramah mesra serta bertukar-tukar pengalaman antara AJK 2010 dengan AJK yang baru selain meraikan barisan AJK MASSA 2010 yang bakal menamatkan perkhidmatan bersama MASSA. Setiap AJK MASSA 2010 yang hadir diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata selain menerima sijil penghargaan daripada Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin.

Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Penasihat MASSA selain sesi istimewa bertukar-tukar hadiah antara AJK 2010 dengan AJK 2011. AJK 2010 mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada AJK baru yang telah menganjurkan majlis ini. Semoga kecemerlangan MASSA akan diteruskan dan bertambah hebat dari tahun ke tahun.

Selamat berpraktikal diucapkan kepada majoriti AJK MASSA 2010 yang akan berada di semester akhir dan bakal menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian mereka.





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...