About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, April 29, 2010

Jadual Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-72


Buat pengetahuan semua terutama warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), untuk Istiadat Konvokesyen Kali Ke-72 yang bakal berlangsung bulan hadapan, graduan FKPM akan berkonvo pada sidang berikut:

Sidang Pertama (20 Mei 2010, Khamis, Pagi) - MC990, MC770 dan MC771
  • Mengambil jubah - 15 Mei 2010, Sabtu, 8.30 pagi di Kaunter BPRPK, Aras 3, Menara SAAS (untuk graduan PhD) dan Tingkat 4, Bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik lama (untuk graduan Sarjana)
  • Raptai - 15 Mei 2010, Sabtu, 11.00 pagi di Dewan Sri Budiman
Sidang Keduabelas (27 Mei 2010, Khamis, Pagi) - MC221, MC222, MC223, MC224, MC225, MC110
  • Mengambil jubah - 23 Mei 2010, Ahad, 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Tingkat 4, Bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik lama
  • Raptai - 23 Mei 2010, Ahad, 4.00 petang di Dewan Sri Budiman

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kajian Pengesanan Graduan akan mula dibuka untuk para graduan pada 20 April 2010.

Pengesahan kehadiran/tidak hadir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-72 akan mula dibuka pada 1 Mei 2010.

KLIK SINI untuk melihat Maklumat Konvokesyen & Jadual Istiadat Konvokesyen UiTM ke-72

(Pihak UiTM berhak untuk membuat pindaan dan perubahan bagi perkara/tarikh di atas sekiranya perlu)

| ARTIKEL PENUH



Saturday, April 24, 2010

Kursus Pra Perkahwinan Islam


Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 1/2010 seperti dalam butiran berikut:

Tarikh: 15 dan 16 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Tingkat 3, Blok Cempaka 5, CITU, UiTM Shah Alam

TERBUKA UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR SAHAJA

Pendaftaran dibuka sekarang hingga 7 Mei 2010. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00. Untuk maklumat lanjut, hubungi:
  • Ustazah Sharifah Fadylawaty 03-55442369
  • Pn Shahrizan Salam 03-55442365
  • Pn Norain Othman 03-55442365

| ARTIKEL PENUH



Friday, April 23, 2010

Solat Jumaat Di Kolej Mawar


Sempena peperiksaan akhir April 2010 yang sedang berlangsung, Pusat Sukan yang digunakan untuk solat jumaat sebelum akan digunakan untuk tujuan peperiksaan. Oleh yang demikian sepanjang peperiksaan ini, solat jumaat dalam UiTM Shah Alam akan diadakan di Pusat Latihan HEP, Kolej Mawar bermula hari ini 23 April 2010 sehingga 7 Mei 2010. Harap maklum.

| ARTIKEL PENUH



Thursday, April 22, 2010

Kalendar Akademik Julai - November 2010


Di atas adalah kalender akademik UiTM untuk semester hadapan (Julai-November 2010)yang diambil daripada laman web Bahagian Hal Ehwal Akademik. Menurut laman berkenaan, jadual ini masih diperingkat cadangan dan belum disahkan Senat. Sebarang pengesahan akan dimaklumkan kemudian.

KLIK SINI untuk melihat senarai penuh cadangan Kalender Akademik Julai - November 2010

KLIK SINI untuk melihat cadangan kuliah untuk tahun hadapan (Disember 2010 - April 2011)


| ARTIKEL PENUH



Program 1 Bumi Untuk Semua



Jabatan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam akan menganjurkan Pameran Usahasama dengan Jabatan Alam Sekitar Selangor yang bertemakan "1 Bumi Untuk Semua" bersempena dengan Hari Bumi 2010. Pameran akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Aras 2, PTAR 1, UiTM Shah Alam

SEMUA DIJEMPUT HADIR

| ARTIKEL PENUH



Monday, April 19, 2010

Selamat Menduduki Final Exam


MASSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester April 2010 kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) serta semua pelajar UiTM yang lainnya. Peperiksaan akan bermula pada Rabu ini 21 April 2010. MASSA menasihatkan anda untuk membuat persediaan rapi sebelum ke dewan peperiksaan, jangan lupa membawa salinan slip peperiksaan dan kad pelajar serta datang awal ke tempat peperiksaan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Semoga anda dapat menjawab soalan dengan tenang dan diberi kesihatan terbaik sepanjang musim peperiksaan ini. Jangan lupa untuk memohon restu daripada kedua ibu bapa serta para pensyarah yang telah banyak berjasa kepada kita semua. Berkat doa restu daripada mereka insyallah akan mempermudahkan lagi urusan kita dalam menjawab peperiksaan. MASSA sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan sekalian dan semoga lebih ramai daripada kita akan mendapat Anugerah Dekan untuk semester ini.

| ARTIKEL PENUH



Sunday, April 18, 2010

Jangan Terlibat Kempen Politik!


UiTM Gesa Penuntut Tidak Terlibat Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor



SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar hari ini menasihati penuntut universiti itu tidak terbabit dalam sebarang ceramah dan kempen di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Beliau berkata sebagai penuntut, pengajian adalah lebih utama dan memerlukan fokus seratus peratus.

"Sebagai penuntut pelajaran perlu diutamakan dan jangan babitkan diri dengan perkara yang dilarang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Sahol berkata semua penuntut tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar Institut Pengajian Tinggi menyertai kempen politik dalam pilihan raya.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada 25 April ini berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Sumber : mStar
| ARTIKEL PENUH



Friday, April 16, 2010

2 Surat Pelajar FKPM Dalam Berita Harian 15 April 2010


Kerja, sikap sambil lewa mudah jadi mangsa tipu

LAPORAN bertajuk 'Tengku Puan Pahang kecewa pihak keselamatan tak peka' yang disiarkan akhbar ini 12 April lalu menarik perhatian.

Laporan itu menyebut Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar kecewa dengan kecuaian pihak keselamatan sehingga seorang remaja boleh menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang untuk memperdayakan Exco Kerajaan Pahang dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tengku Puan Pahang kerana kejadian terbabit membuka mata pelbagai pihak yang sebelum ini mengambil sikap sambil lewa dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Kes ini memperlihatkan kelemahan pegawai kerajaan dalam melaksanakan tugas mereka kerana ini bukanlah kali pertama remaja terbabit dengan kes penipuan identiti. Walaupun kes sebegini diambil mudah oleh sesetengah pihak, kerajaan seharusnya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan institusi Raja.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menjaga kedaulatan Raja bukannya mencemarkan institusi Diraja demi kepentingan sendiri. Pegawai kerajaan juga harus lebih peka mengenai perkara sebegini dan perlu keluar daripada zon selesa mereka sekarang ini terutama apabila ia membabitkan institusi Diraja.

Agak memalukan sekiranya dunia mengetahui bahawa pegawai kerajaan di Malaysia begitu mudah ditipu oleh remaja berusia 18 tahun. Ini memperlihatkan pegawai kerajaan tidak mempunyai kualiti dan begitu mudah ditipu.

Perkara sebegini boleh mengundang keraguan rakyat terhadap kerajaan. Pihak kerajaan harus lebih peka mengenai pemasalahan sebegini kerana ia akan mencemar imej kerajaan secara tidak langsung kerana orang ramai mula mempersoalkan kredibiliti pegawai kerajaan.
Satu garis panduan khas harus dikeluarkan terutama mengenai perkara membabitkan institusi Diraja agar penjawat awam sentiasa peka.

NURUL AIN NASIS,

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam



Kes bapa 'rosakkan' anak kian berleluasa

KEBELAKANGAN ini negara digemparkan dengan pelbagai berita membabitkan isu sosial. Bercakap mengenai isu sosial, kita pasti tidak dapat lari daripada merujuk kepada ibu bapa sebagai tonggak utama bagi membanteras isu ini.

Tetapi pada hari ini, ada pelbagai kes yang memperlihatkan kelakuan bapa yang di luar jangkaan malah melangkaui batas pemikiran.

Sebagai contoh, merujuk kepada laporan akhbar ini 7 April lalu bertajuk ‘Remaja jadi hamba seks bapa 6 tahun’ memperlihatkan bahawa seorang manusia yang sepatutnya melahirkan warisan bangsa sebaliknya memusnahkan masa depan darah daging mereka sendiri.

Di manakah silapnya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Pelbagai majlis ilmu dan motivasi kerap meuar-uarkan bahawa ibu bapa adalah pemangkin utama bagi memastikan anak mereka mempunyai akhlak dan budi pekerti baik.

Tetapi dalam konteks ini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan mendidik anak-anak ini sekiranya pencabulan dan titik permulaan kehancuran akhlak anak-anak ini bermula daripada bapa mereka sendiri?

ZAHARATUL MARDHIAH AZIZUL,

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam



Penulis Zaharatul Mardhiah juga merupakan Setiausaha MASSA.

| ARTIKEL PENUH



Tawaran Pembantu Minggu Mesra Siswa


Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menerima pelajar-pelajar baru pada:

  • 23 Mei 2010 – Pendaftaran pelajar baru Asasi (Sains, Kejuruteraan, TESL dan Undang-undang)
  • 3-4 Julai 2010 – Pendaftaran pelajar baru lulusan SPM/STPM/Matrikulasi/CAT

Justeru, kepada mana-mana pelajar yang beminat untuk menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS) supaya dapat mengisi Borang PMMS dan dikembalikan sebelum/pada 30 April 2010 ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4 Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Borang permohonan boleh dimuat turun di ruangan berikut:
http://www.mppuitm1011.com/Permohonan_PMMS.pdf

| ARTIKEL PENUH



Blog MPP Sesi 2010/2011


Ingin mengenali dengan lebih rapat senarai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2010/2011 atau mengikuti senarai program terkini MPP dan mendapatkan info berkenaan UiTM, anda kini boleh melayari blog mereka yang telah beroperasi sejak hujung bulan Mac yang lalu.

KLIK SINI untuk ke blog berkenaan.

| ARTIKEL PENUH



Ujibakat Penyampai Radio UFM


Radio rasmi UiTM, UFM akan mengadakan ujibakat untuk mencari penyampai radio yang baru. Ujibakat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19 hingga 23 April 2010 (Isnin hingga Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Studio UFM, Tingkat 13 Menara SAAS, UiTM Shah Alam

MEREKA YANG BERMINAT DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut layari Blog Rasmi UFM

| ARTIKEL PENUH



Thursday, April 15, 2010

Program Solat Hajat Perdana 2010


Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
dengan kerjasama Kolej-kolej Kediaman UiTM akan menganjurkan Program Solat Hajat Perdana 2010 semperna peperiksaan akhir April 2010 yang akan bermula pada minggu hadapan. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 April 2010 (Khamis)
Masa: 7.30 malam hingga 9.00 malam
Tempat: Pusat Sukan, UiTM Shah Alam

SEMUA WARGA UiTM DIJEMPUT HADIR


Semoga kita semua mendapat keberkatan melalui program yang dianjurkan dan semoga doa kita semua akan dimakbulkan oleh Allah agar kita diberi kesihatan terbaik sepanjang peperiksaan selain diberi ketenangan fikiran agar dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.

| ARTIKEL PENUH



Tuesday, April 13, 2010

Laman Web UiTM Berwajah Baru


KLIK SINI untuk melihat wajah baru laman web rasmi UiTM yang telah diperkenalkan sejak awal bulan April 2010.

| ARTIKEL PENUH



Monday, April 12, 2010

Animation Exhibition & Talk


Para pelajar semester tiga Program Penyiaran (MC223) akan menganjurkan Animation Exhibition and Talk yang bertemakan Malaysian Culture: Heritage and Mystical Elements seperti berikut:

Tarikh: 14 April 2010 (Rabu)
Masa: 2.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 1, FKPM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

| ARTIKEL PENUH



Sunday, April 11, 2010

Lawatan IPRMSA Dalam Laporan Media Indonesia



COGNITO COMMUNICATIONS COUNSELLORS Dikunjungi UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, MALAYSIA Untuk Studi

Universiti Teknologi MARA, Malaysia, melakukan studi komparatif mengenai industri public relations (PR) ke perusahaan konsultan PR Cognito Communications Counsellors, Jakarta. Bertujuan untuk lebih mendapatkan wawasan internasional, sejumlah 32 mahasiswa dan mahasiswi serta 5 dosen pengajar dari Fakultas Media Studies, Universiti Teknologi MARA, ini berada di Jakarta sejak 31 Maret - 2 April 2010.

Rombongan dari Universiti dari kota Selangor di Malaysia ini melakukan diskusi dengan para praktisi senior PR dari Cognito Communications tentang perkembangan industri PR saat ini di Indonesia. Berbagai isu yang dibahas mencakup tentang pertumbuhan industri PR, tantangan yang dihadapi dalam industri baik bagi in-house PR maupun perusahaan konsultan PR, usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menghadapi tantangan tersebut termasuk usulan tentang standarisasi kualifikasi praktisi PR, serta isu-isu relevan lainnya.

Baby Anusha Nur Binti Mohamed Thaheer, dosen di Media Studies, Universiti Teknologi MARA, menyatakan alasan tentang pemilihan tujuan kunjungan ke Cognito, “Alasan kami memilih Cognito adalah dikarenakan portofolio para klien Cognito yang sangat impresif serta pengalaman luasnya dalam bekerja sama dengan berbagai perusahaan besar baik lokal maupun multinasional.” Oleh karenanya, Cognito -- yang dinobatkan sebagai PR Agency of the Year 2006 oleh majalah Cakram ini -- dianggap sebagai perusahaan PR yang tepat untuk studi komparatif dalam menambah wawasan para siswa.


Yanti Pramudya, Managing Director, Cognito Communications, mengatakan, “Kami gembira dipilih sebagai satu-satunya PR konsultan yang dikunjungi, hal ini menunjukkan apresiasi terhadap performance Cognito yang telah dibangun selama hampir satu dasa warsa ini. Para anggota tim Cognito pun juga mendapatkan insights yang berharga serta menambah wawasan tentang industri PR di Malaysia melalui program ini.”

Megat Shah Hamerul Bin Megat Mohd Yusof mengatakan, ”Cognito ikut memberi kontribusi dalam meningkatkan image tentang praktek PR di Indonesia. Kami harap dapat bertemu dan bekerja sama dengan mereka saat kami telah bergabung di industri PR.”

Dalam rangka melakukan program studi komparatif ini, selain ke Cognito Commmunications, para siswa dan dosen Universiti Teknologi MARA juga mengunjungi dua institusi pendidikan yakni, Universitas Indonesia dan London School of PR, keduanya dipilih karena merupakan institusi pendidikan terkemuka di Indonesia yang juga memiliki fokus dalam PR.

| ARTIKEL PENUH



Saturday, April 10, 2010

Kotak Hitam 2.0 - MIMPilem



PARADOKS dengan kerjasama FRINJAN akan menganjurkan Kotak Hitam 2.0 - MIMPilem seperti berikut:

Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat : MAPKL, Solaris Dutamas Mount Kiara, Kuala Lumpur
Masa :
  • 5.00 petang - pelancaran buku (Sultan Pun Blog)
  • 7.00 malam - tayangan filem "Selepas Tsunami"
  • 8.00 malam - Mimpilem (aneka short filem)

Sebanyak 8 filem pendek akan ditayangkan dan akan direhatkan juga minda dengan persembahan akustik yang hebat!

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut, layari:
http://pakatanparadoks.blogspot.com/
http://www.frinjan.net

| ARTIKEL PENUH



Friday, April 09, 2010

Undian Baju Fakulti Ditutup


Undian untuk baju fakulti telah ditutup dan terima kasih diucapkan kepada 105 pelawat yang mengundi. Tahniah diucapkan kepada AdCLub kerana rekaan mereka untuk sample baju A01 telah mendapat undian terbanyak iaitu sebanyak 41 undian (39%). Tindakan seterusnya akan dilakukan oleh pihak MASSA.

| ARTIKEL PENUH



Wednesday, April 07, 2010

Aktiviti MASSA Semester Januari-April 2010



Montaj ini telah ditayangkan pada majlis MassComm Nite yang telah diadakan pada 2 April 2010 tempoh hari. Video ini menayangkan koleksi gambar aktiviti-aktiviti dan program yang disertai atau dianjurkan oleh MASSA sepanjang semester Januari hingga April 2010. MassComm Nite merupakan program penutup anjuran MASSA untuk semester ini dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program yang melibatkan MASSA.

| ARTIKEL PENUH



Saturday, April 03, 2010

UiTM Disaman RM34.2 Juta


Syarikat IT saman UiTM RM34.2 juta

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) hari ini memfailkan saman terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menuntut ganti rugi RM34.2 juta kerana didakwa melanggar perjanjian berhubung sistem permohonan kemasukan pelajar secara dalam talian (online).

Saman tersebut difailkan oleh Trius Computers Sdn. Bhd. melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Mengikut pernyataan tuntutan, Trius Computers selaku plaintif mendakwa telah dilantik oleh UiTM untuk membangunkan sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 15 Januari 2004.

Sistem tersebut bertujuan memproses permohonan kemasukan penuntut di peringkat sijil, pra diploma, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah dan kursus-kursus profesional yang ditawarkan.


Melalui perjanjian tersebut, plaintif mendakwa alamat www.uitmonline.edu.my. yang dibangunkan oleh syarikatnya akan digunakan selama tempoh 15 tahun iaitu dari 21 Ogos 2001 hingga 20 Ogos 2016.

UiTM yang dinamakan sebagai defendan bagaimanapun didakwa melanggar perjanjian tersebut apabila mengiklankan alamat laman web yang tidak dikendalikan oleh plaintif iaitu http://www.online.uitm.edu.my bagi permohonan kemasukan pelajar untuk Sesi Julai 2010 di akhbar Mingguan Malaysia pada 7 Mac lalu.

Walaupun surat rasmi bagi meminta penjelasan telah dihantar kepada UiTM pada 8 Mac lalu, plaintif mendakwa, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas diterima daripada defendan berhubung perkara itu.

Plaintif mendakwa, kegagalan UiTM mematuhi perjanjian itu menyebabkan pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM34.2 juta selain dinafikan hak-hak yang sah seperti dalam perjanjian.

| ARTIKEL PENUH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...