Pusat Kerjaya & Kaunseling serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UiTM akan menganjurkan Program Career Attack yang terbuka kepada para pelajar tahun akhir dan para pelajar yang baru bergraduasi. Program akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 3 Ogos hingga 5 Ogos 2010 (Selasa hingga Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: UiTM International Centre (UIC), UiTM Shah Alam.
Aktiviti:
- Job Placement / Job Interview
- Job Registration
- Job Information
- Career Psychological Test
- Resume & Interview Clinic
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat senarai syarikat yang hadir sila layari www.jobshop.uitm.edu.my atau Facebook Pusat Kerjaya & Kaunseling.
"Semua graduan mesti rebut peluang yang disediakan oleh pihak universiti ini. Selain dari peluang mendapat pekerjaan dengan organisasi yang terkenal, kalaupun tak berjaya, saudara/i boleh boleh menimba pengalaman dalam menghadiri dan menangani temuduga. Dari pengalaman ini kita dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kita (jika ada) untuk kita perbaiki dan pergunakan untuk menghadapi temuduga lain yang akan datang." - Prof. Dr.Mohamad Kamal Hj. Harun, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat