About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, August 02, 2010

Menangani Gangguan Seksual: Biodata Penceramah

Pada malam ini (2 Ogos 2010) akan berlangsung ceramah Menangani Gangguan Seksual di Dewan Annexe, UiTM Shah Alam anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama GPMS UiTM Shah Alam dan MASSA. Penceramah yang diundang khas pada malam ini untuk memberitahu kita tentang cara-cara menangani gangguan seksual bukan calang-calang orang, beliau adalah YM Tengku Naufal Tengku Mansor. Berikut adalah serba sedikit biodata penceramah.

Tengku Naufal Tengku Mansor adalah konsultan jurulatih yang diiktiraf oleh HumaNext LLC, New York, USA dalam bidang ‘Creativity & Innovation at Work’, ‘Applying Emotional Intelligence(EQ) at Work’ dan ‘Critical Conversations’. Tengku Naufal mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dan Motivasi Diri Produktif.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B)(Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M) (Korporat & Perdagangan) daripada London School of Economics & Political Science, University of London. Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Sains Komunikasi Korporat (M.Sc Corporate Communication) daripada Universiti Putra Malaysia.

Tengku Naufal juga adalah telah mendapat latihan di dalam bidang Pembangunan Manusia dan Kaunseling Praktikal daripada University of Westminster, London dan juga City & Guilds College, London di mana beliau telah dianugerahkan Sijil Khas dalam Perhubungan Bantuan (Special Certificate in Helping Relationships). Beliau juga adalah bekas Kaunselor Rakan Sebaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tengku Naufal adalah seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga merupakan pensyarah sambilan kursus Undang-Undang Syarikat di Jabatan Pengurusan & Pemasaran, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Putra Malaysia dan kursus Undang-Undang & Etika Perniagaan bagi pelajar MBA di Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM) Universiti Putra Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan bagi kursus Undang-Undang Pekerjaan dan Undang-Undang Keluarga di Jabatan Keadilan & Pentadbiran Sosial, Universiti Malaya dari 1997 hingga 2000.


Tengku Naufal juga merupakan peguam pelakon Fahrin Ahmad dalam kes saman Fahrin ke atas Linda Onn beberapa bulan lepas.

Jangan ketinggalan untuk hadir beramai-ramai malam ini!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...