"Gunakan segala peluang untuk menambah pengetahuan semasa kita berada di Universiti. Gunakan masa untuk aktiviti bermanfaat."
Di atas adalah antara ayat yang ditulis oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UiTM, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Abdullah bin Mohamad Said dalam komen beliau di dinding Facebook Naib Canselor UiTM. Lebih bermakna komen tersebut ditulis di post ketika kami mempromosikan program Menangani Gangguan Seksual di Facebook.
Kami berterima kasih di atas komen beliau yang mengalu-alukan saranan untuk mengajak semua warga UiTM untuk sama-sama menyertai program ini yang bakal berlangsung 2 Ogos 2010 ini. Semoga program akan berlangsung dengan baik dan bakal memberi manfaat kepada semua hadirin.