About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, November 02, 2009

UiTM: Sedekad Transformasi (1999-2009) dalam Utusan Malaysia


Di muka 8 dan 9 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 November 2009 (Isnin) disiarkan bahagian khas berkaitan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sedekad Transformasi (1999-2009). Antara berita yang disediakan adalah berkaitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) :

Komitmen lahirkan graduan komunikasi serba boleh

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM mendukung falsafah untuk mendidik, melatih dan melahirkan golongan profesional khususnya dari kalangan bumiputera yang berperanan sebagai agen perubahan industri komunikasi dan media.

Untuk memenuhi falsafah sedemikian, pihak fakulti sentiasa peka terhadap tuntutan dan perubahan teknologi, keperluan masyarakat serta permintaan industri.


Berdasarkan statistik, rata-rata kemahiran diperoleh graduan FKPM memenuhi kehendak industri media dan komunikasi serta organisasi berkaitan media. Malah ramai telah diterima oleh organisasi yang tiada kaitannya dengan media seperti bank, firma guaman, perhotelan, industri automobil dan banyak lagi.


FKPM sentiasa berusaha menyelaraskan kurikulum dan sukatan pengajian seiring kehendak industri dengan memantau masalah, perkembangan dan perubahan teknologi. Justeru semakan kurikulum dilakukan setiap tiga tahun sekali.


Di samping itu, FKPM amat menekankan aspek kerja berpasukan atau semangat saling bekerjasama kerana mana-mana organisasi tidak boleh bertahan dengan sifat segregasi di kalangan kakitangannya.


Sehingga kini, hubungan erat FKPM dengan ahli-ahli Alumni FKPM berjumlah kira-kira 5,500 orang. Alumni FKPM telah didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Persatuan (ROS).


Alumni FKPM terdiri daripada bekas pelajar telah mempunyai kedudukan mantap dalam organisasi media dan juga organisasi bukan berasaskan media, memikirkan potensi tinggi untuk membantu FKPM dari aspek akademik, kemahiran industri, pengalaman kerjaya dan dana.


Melalui strategi hubungan pengantarabangsaan, FKPM telah menjalinkan hunungan dengan beberapa buah universiti di Indonesia seperti Universitas Pandjajaran dan Universitas Andalas untuk memperkasa wacana ilmu dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi.


Pada masa sama, FKPM turut menjalin kerjasama dengan Universiti Ohio, Amerika Syarikat yang memberi peluang kepada para pelajar menjalankan latihan praktikal di sana. Selain itu, pelajar program sarjana juga berpeluang mengikuti kursus pendek selama satu semester di Ohio sebagai memenuhi program pertukaran pelajar siswazah.


FKPM juga sedang merancang satu program pertukaran pensyarah antara Universiti Ohio dan FKPM bagi memperkukuhkan pengetahuan dan pengalaman alkademik disamping menerapkan nilai-nilai pengantarabangsaan.


Untuk kemudahan pelajar, FKPM menyediakan prasarana Stesen Radio UFM yang beroperasi sejak 1997 melalui gelombang UFM 93.6.


Pada masa sama pelajar FKPM juga menerbitkan akhbar komuniti, Jurnalis Shah Alam serta majalah Sasaran yang memberi fokus pada kritikan media.


Untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia media antarabangsa, baru-baru ini FKPM telah menjemput wartawan dari Agensi Berita Ramatan, Palestin untuk berkongsi pengalaman sebagai pemberita perang di tengah-tengah kancah konflik Israel-Palestin.


Dalam konteks mendedahkan para pelajar dengan dunia industri di peringkat antarabangsa, FKPM telah mengenakl pasti pelajar yang mencapai CGPA 3.5 ke atas untuk dihantar menjalani latihan praktikal di luar negara seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Turki, United Kingdom, Brunei dan Singapura.


Sejajar dengan perubahan semasa, FKPM turut menawarkan tiga khusus baru di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal, Komunikasi Instuksional dan Latihan dan Komunikasi dan Polisi.


Program ini menyediakan kursus-kursus yang amat signifikan bagi melahirkan profesional komunikasi meliputi bidang penyelesaian konflik, komunikasi kumpulan dan kepimpinan, komunikasi anatara budaya, komunikasi kemanusiaan, komunikasi risiko, komunikasi diplomatik dan advokasi awam.



Dipetik daripada Utusan Malaysia (2 November 2009)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...