About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Wednesday, November 04, 2009

Majlis Pelancaran Pameran Filem Bangsawan dan Lagenda










Satu majlis Pelancaran pameran Filem Bangsawan & Lagenda 2009 telah diadakan di Galeri Perfileman FINAS, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) yang lalu. Beberapa pelajar dari FKPM juga telah turut serta menyertai majlis ini atas undangan dan pengangkutan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dirasmikan Yang Berbahagia Pengerusi FINAS Dato’ Wong Kam Hoong dengan simbolik paluan gong sebanyak 3 kali. Antara artis veteran yang sempat hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Dato’ Mustapha Maarof, Dato’ Sarimah serta seniman dan seniwati yg lain seperti Mariani, Kuswadinata, Rosnani serta Jamil Sulong.

Selesai makan tengahari, para tetamu dihidangkan dengan persembahan tarian daripada lagu Filem Melayu Klasik, lagu iringan Band Muzik serta penyampaian bercerita Kisah Lagenda. Para tetamu kemudiannya diberikan peluang untuk beramah dan bergambar bersama sama Bintang Filem Melayu Klasik yang hadir serta dibawa melawat di sekitar Galeri Perfileman FINAS untuk melihat sejarah dan perkembangan filem filem Melayu pada zaman dahulu sehingga ke hari ini.

Selesai membuat lawatan di dalam bangunan, para tetamu dibawa menonton Filem Melayu Klasik – “Indera Bangsawan” lakonan utama Senator Tan Sri Jins Shamsudin. Tayangan filem itu mengakhiri majlis yang tamat sekitar jam 5.30 petang sebelum para tetamu bersurai.

Sekalung tahniah diucapkan kepada FINAS yang telah berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Pameran seperti ini dapat memumpuk semangat cintakan filem filem Melayu dengan lebih dalam lagi disamping dapat mengenali dan mendalami budaya serta sejarah perfileman filem Melayu dengan lebih terperinci terutamanya buat generasi muda seperti para pelajar universiti.


Laporan disediakan oleh : SHAHRUL AZAM (MC223/1)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...