
Tidak terlambat kiranya kami di pihak MASSA untuk mengucapkan selamat bercuti semester kepada para pelajar UiTM amnya dan pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) khususnya. Harapan kami agar anda menjaga keselamatan serta kesihatan diri anda sebaiknya sepanjang cuti semester ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM yang bakal meraikannya pada hari Jumaat , 27 November 2009. Hayati maksud tersirat disebalik Hari Raya Korban untuk mencari makna 'pengorbanan' yang sebenar.
