About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, November 28, 2009

Kejayaan UiTM Dalam Kosmo! Hari Ini


Pasukan penyelidik UiTM menunjukkan piala dan pingat emas yang dimenangi pada Pertandingan Inovasi, Kajian dan Teknologi Baru Dunia di Belgium baru-baru ini.

UiTM bawa pulang lima emas dari Belgium

SHAH ALAM - Kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya merangkul lima pingat emas ketika menyertai Pertandingan Inovasi, Kajian dan Teknologi Baru peringkat Dunia ke-58 Brussels-Eureka 2009 di Belgium bermula 19 hingga 21 November lalu.

Hasil kajian yang berjaya meraih pingat emas ialah Hydroxyleum Technology iaitu sistem untuk mengurangkan kadar penggunaan minyak petrol dan Shear Thickening Fluid iaitu ciptaan baju kalis peluru lebih ringan.

Tiga lagi produk penyelidikan hadiah emas ialah Multi-Parametric Pectin Lyase-Like Protein Function Classifier bagi meningkatkan jangka hayat hasil pertanian yang dituai, Pinyin Approach untuk belajar bahasa Mandarin dengan mudah dan MathZzle Board Game bagi meningkatkan penguasaan ilmu matematik.


sumber: Kosmo! (28 November 2009)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...