About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, November 26, 2009

SempoiFM Radio Rasmi Kelab XMC

  • Kini Kelab XMC melangkah setapak lagi dalam industri hiburan dengan mengambil program radio SempoiFM sebagai radio rasmi. Radio ini beribupejabat di Segamat Johor. Lapan DJ radio bertugas 24 jam selama 7 hari seminggu tanpa gaji.
  • Mereka membina dan mengendalikan stesen radio ini kerana minat yang tinggi untuk menjadi pengendali stesen radio berlesen seperti Best 104 di JB. InsyaAllah, niat mereka akan tercapai jika ada di kalangan warga XMC sudi membantu mereka mendapatkan lesen.
  • Anda juga boleh membuat permintaan lagu2 menerusi radio rasmi kita. Anda perlu mengisi borang permintaan lagu yang disediakan dan hantar kepada kelab berkenaan. DJ bertugas akan tunaikan permintaan anda berserta dengan ucapan sekali.
KLIK SINI untuk melayari laman rasmi Kelab XMC dan mendengar SempoiFM.

sumber diambil dari XMC Club


XMC merupakan kelab alumni bekas pelajar komunikasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM / ITM yang dulunya juga dikenali sebagai Sebaran Am.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...