About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, August 15, 2009

SAF 2009: Bola Tampar Wanita Naib Johan



















Pada 14 Ogos 2009 (Jumaat) di gelanggang bola tampar Pusat Sukan UiTM Shah Alam telah berlangsung perlawanan akhir bola tampar wanita Sukan Antara Fakulti (SAF) 2009. Perlawanan akhir ini mempertemukan dua fakulti berjiran iaitu pasukan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) menentang Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).

Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan bersaing hebat untuk mengejar mata di samping menahan tekanan akibat riuh-rendah sokongan daripada penonton yang hadir. Pasukan FKPM berjaya memenangi set pertama walaubagaimanapun pasukan kita gagal untuk menjuarai perlawanan ini selepas tewas dua set berikutnya dengan keputusan penuh 25-15, 14-25, 13-15.

MASSA mengucapkan tahniah kepada pasukan bola tampar wanita FKPM yang mampu menyayingi kehebatan pasukan daripada FSR. Kami juga mengucapkan tahniah kepada para penyokong yang hadir bagi menyokong pasukan daripada fakulti kita.


Gelagat penyokong kedua-dua pasukan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...