About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, August 17, 2009

Pertandingan Kawad Kaki PERKAD 2009










Gambar koleksi Fifi Aisya

Pada 16 Ogos 2009 (Ahad), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kompeni F Kesatria) telah menghantar wakil daripada para pelajar FKPM Semester 1 mengikuti Pertandingan Kawad Kaki Terbuka UiTM (PERKAD). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ucapan tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan (Kompeni A) yang telah menjuarai PERKAD buat kali ini.

Walaupun FKPM (Kompeni F) gagal membawa pulang sebarang hadiah kejayaan, tetapi anda sudah melakukan yang terbaik untuk fakulti dengan latihan hanya dalam masa kurang dua minggu berbanding kompeni lain yang sudah bersedia lebih awal. Tahniah juga di atas usaha tersebut, penat jerih yang berbayar dengan satu pengalaman yang tidak mungkin mudah dilupakan begitu sahaja. Terima kasih juga kepada para komander Kompeni F yang banyak membimbing kami selama ini. Jasamu tetap dikenang selalu!

Laporan disediakan oleh Azam (MC223/01)

MASSA juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada para pelajar baru semester satu yang menganggotai Kompeni F Kesatria Negara atas penyertaan anda dalam PERKAD untuk kali ini. Pengalaman yang anda timba sesungguhnya berguna dalam membentuk disiplin diri anda.

Massa mengalu-alukan anda menghantar apa juga laporan aktiviti yang melibatkan para pelajar FKPM untuk dipaparkan di blog ini. Terima kasih.
e-mail kami: massa_uitm@yahoo.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...