About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.
Showing posts with label Menangani Gangguan Seksual. Show all posts
Showing posts with label Menangani Gangguan Seksual. Show all posts

Saturday, September 18, 2010

Koleksi Gambar

Di bawah adalah koleksi gambar sekitar program Literasi Undang-undang 'Menangani Gangguan Seksual' anjuran Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama MASSA dan GPMS UiTM Shah Alam yang telah diadakan pada 2 Ogos 2010 lalu.






































Koleksi gambar Zulhilmy Shukree
| ARTIKEL PENUH



Tuesday, August 03, 2010

Terima Kasih YM Tengku Naufal


Tamat sudah program Menangani Gangguan Seksual, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita dan rakan-rakan dari GPMS UiTM Shah Alam serta kepada semua yang sudi hadir. Tahniah kepada penceramah YM Tengku Naufal Tengku Mansor atas ceramah yang menarik dan bersahaja yang berjaya mencuri tumpuan hadirin untuk memberikan perhatian penuh.

Berikut adalah komen Tengku Naufal di Facebook beliau sejurus selepas tamat program :

" Jangan kata-kata atau perbuatan kita mengganggu seseorang secara seksual yang mana ianya akan memudaratkan kita sendiri "


Di bawah pula adalah komen Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin @ Mama di Facebook Tengku Naufal beberapa jam selepas tamat program :

" Seminar yang sungguh baik yang pernah saya hadiri dan semua student saya memuji gaya Tengku yang bersahaja dalam menyampaikan ceramah "


Sumber: Facebook Tengku Naufal
| ARTIKEL PENUH



Monday, August 02, 2010

Menangani Gangguan Seksual: Biodata Penceramah

Pada malam ini (2 Ogos 2010) akan berlangsung ceramah Menangani Gangguan Seksual di Dewan Annexe, UiTM Shah Alam anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama GPMS UiTM Shah Alam dan MASSA. Penceramah yang diundang khas pada malam ini untuk memberitahu kita tentang cara-cara menangani gangguan seksual bukan calang-calang orang, beliau adalah YM Tengku Naufal Tengku Mansor. Berikut adalah serba sedikit biodata penceramah.

Tengku Naufal Tengku Mansor adalah konsultan jurulatih yang diiktiraf oleh HumaNext LLC, New York, USA dalam bidang ‘Creativity & Innovation at Work’, ‘Applying Emotional Intelligence(EQ) at Work’ dan ‘Critical Conversations’. Tengku Naufal mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dan Motivasi Diri Produktif.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B)(Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M) (Korporat & Perdagangan) daripada London School of Economics & Political Science, University of London. Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Sains Komunikasi Korporat (M.Sc Corporate Communication) daripada Universiti Putra Malaysia.

Tengku Naufal juga adalah telah mendapat latihan di dalam bidang Pembangunan Manusia dan Kaunseling Praktikal daripada University of Westminster, London dan juga City & Guilds College, London di mana beliau telah dianugerahkan Sijil Khas dalam Perhubungan Bantuan (Special Certificate in Helping Relationships). Beliau juga adalah bekas Kaunselor Rakan Sebaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tengku Naufal adalah seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga merupakan pensyarah sambilan kursus Undang-Undang Syarikat di Jabatan Pengurusan & Pemasaran, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Putra Malaysia dan kursus Undang-Undang & Etika Perniagaan bagi pelajar MBA di Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM) Universiti Putra Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan bagi kursus Undang-Undang Pekerjaan dan Undang-Undang Keluarga di Jabatan Keadilan & Pentadbiran Sosial, Universiti Malaya dari 1997 hingga 2000.


Tengku Naufal juga merupakan peguam pelakon Fahrin Ahmad dalam kes saman Fahrin ke atas Linda Onn beberapa bulan lepas.

Jangan ketinggalan untuk hadir beramai-ramai malam ini!


| ARTIKEL PENUH



Sunday, August 01, 2010

TNC Saran Pelajar Sertai 'Menangani Gangguan Seksual'


"Gunakan segala peluang untuk menambah pengetahuan semasa kita berada di Universiti. Gunakan masa untuk aktiviti bermanfaat."

Di atas adalah antara ayat yang ditulis oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UiTM, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Abdullah bin Mohamad Said dalam komen beliau di dinding Facebook Naib Canselor UiTM. Lebih bermakna komen tersebut ditulis di post ketika kami mempromosikan program Menangani Gangguan Seksual di Facebook.

Kami berterima kasih di atas komen beliau yang mengalu-alukan saranan untuk mengajak semua warga UiTM untuk sama-sama menyertai program ini yang bakal berlangsung 2 Ogos 2010 ini. Semoga program akan berlangsung dengan baik dan bakal memberi manfaat kepada semua hadirin.


| ARTIKEL PENUH



Saturday, July 31, 2010

Menangani Gangguan Seksual


Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UiTM Shah Alam dan Mass Communication Students Association (MASSA) akan menganjurkan satu ceramah bertajuk Cara-cara Menangani Gangguan Seksual yang diadakan semperna Program Literasi Undang-undang mengenai Gangguan Seksual. Ceramah akan diadakan pada:

Tarikh: 2 Ogos 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Penceramah: Yang Mulia Tengku Naufal Tengku Mansor

SEMUA WARGA UiTM DIJEMPUT HADIR

* Program ini juga akan dihadiri para pelajar IPTA dan IPTS sekitar Selangor dan Lembah Klang.


| ARTIKEL PENUH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...