About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.
Showing posts with label Aktiviti Pelajar FKPM. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pelajar FKPM. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Launch Of IPRM Educators' Chapter

The Education Committee of Institute of Public Relations Malaysia (IPRM) launched the IPRM Educators’ Chapter on Thursday, 21 October 2010. The event was held at Dewan Bestari, Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur and was launched by Dato’ Mohd Hamdan Haji Adnan, IPRM President.

Associate Professor Dr. Kiranjit Kaur, chair of the IPRM Education Committee said the IPRM Educators’ Chapter will encourage participation and collaboration among educators from Malaysian universities and private colleges, as well as internationally, in the areas of research and publications between educators and the industry to advance the profession and public relations knowledge.

It will also work with IPRM student chapters (IPRMSA) on student public relations projects. Among those who participated in the event were public relations educators, IPRM members, representatives from IPRM Student Associations and other public relations practitioners.


Educators at the event

Student participants

Dato’ Mohd Hamdan Adnan, IPRM President, launching the event

Associate Professor Dr. Kiranjit Kaur, Chair of the IPRM Education Committee


| ARTIKEL PENUH



Monday, October 18, 2010

Kenangan MC226 Di Pulau Pangkor



Video kenangan para pelajar program MC226 (Instructional Communication & Training) dalam program ‘Selangkah ke Dunia Instruktional’ di Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak pada 24 hingga 26 September 2010 yang lalu.

| ARTIKEL PENUH



Thursday, October 07, 2010

Wakil FKPM Juara IPC 2010


Wakil daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah menjuarai Intervarsity Paintball Challenge IPC 2010 anjuran Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA) yang telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober lalu, demikian menurut laman web rasmi KRESMA;

Tahniah juga kepada pasukan yang menang. Carta keputusan pasukan yang menang adalah 1st UiTM dari Masscomm, 2nd MMU dari Melaka, 3rd dan 4th dari UiTM. Moga kejuaraan ini dapat dikekalkan serta disaingi dengan lebih kompetitif.



Tahniah diucapkan!

Sumber berita dan gambar dari KRESMA.


| ARTIKEL PENUH



Friday, October 01, 2010

Be Glorious With MassComm


Hari ni selepas solat Jumaat, pelajar kelas MC22S5B akan bertolak ke Johor untuk mempromosikan MassComm UiTM kepada para pelajar tingkatan 6 di daerah Johor Bahru.

Antara tetamu yang akan hadir ialah Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Timbalan Dekan Kualiti dan Penyelidikan FKPM, Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, beberapa orang Ketua-ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua-pengetua sekolah daerah Johor Bahru, guru-guru kaunseling sekolah menengah sekitah daerah Johor Bahru dan guru-guru sekolah daerah Johor Bahru.

Program ini akan disertai oleh seramai 300 orang pelajar tingkatan 6 rendah dan atas dari sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Teja Suraya


| ARTIKEL PENUH



Wednesday, February 17, 2010

MIMPI 'Pasar Malam' Anjuran PARADOKS


Selepas Kejayaan 3 MIMPI yang terdahulu, kini PARADOKS (Pakatan Radikal Orang Kepala Seni) membawakan MIMPI untuk kali ke-4 dengan temanya "Pasar Malam". Persembahan seni ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Februari 2010 ( Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Rumah Anai Anai, Laman Budaya Shah Alam

Antara mereka yang bakal membuat persembahan adalah:
  • Zubin Mohamad (jemputan istimewa)
  • Mamai
  • Fragranfrantik
  • Aishah BHR
  • Salina
  • Tangsi Berbunyi
  • Nurancang & Daniel
  • Warie
  • Imran Yusoff
  • Maqruf Lim
  • Roy
  • Harry Invictus
  • Shuada
  • Botak
  • AKUDO
  • Shatmi dan
  • Seila
Kunjungi blog PARADOKS untuk maklumat lanjut serta mengetahui serba sedikit mengenai mereka!

Orang kuat PARADOKS yang dikenali sebagai Aloy Paradoks pernah menuntut di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dalam Program Perhubungan Awam.
| ARTIKEL PENUH



Thursday, February 04, 2010

Sekitar AGM Journalism Society











Gambar koleksi Farhana Poniman


Pada 1 Februari 2010 (Isnin) lalu telah diadakan AGM Journalism Society yang telah menghimpunkan para pelajar MC221 dari Program Kewartawanan di DK2, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).

Pemilihan AJK baru telah diadakan untuk sesi 2010 dan saudara Mohammad Arashy Azim pelajar semester empat telah dipilih untuk mengepalai tampok kepimpinan baru Journalism Society menggantikan saudara Aizat yang kini sedang berpraktikal.

MASSA mengucapkan tahniah dan semoga Journalism Society menjadi antara kelab dalaman yang aktif dan terbaik di FKPM. Selamat berkerjasama.

| ARTIKEL PENUH



Thursday, January 28, 2010

Pelajar FKPM Dalam Rakaman Dialog TV1


Seramai 10 orang pelajar semester satu MC221 (Kewartawanan) telah mengikuti rombongan 50 pelajar ke RTM untuk siaran rakaman temubual bersama Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dalam rancangan Dialog. Turut sama ada para pelajar daripada Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan beberapa pelajar Thailand yang sedang mengikuti kursus satu semester di UiTM Kampus Puncak Perdana.

Buat pengetahuan anda, ini merupakan rancangan bual bicara televisyen pertama buat Datuk Sahol Hamid sejak dilantik menjadi Naib Canselor UiTM. Rancangan Dialog ini telah disiarkan di TV1 pada hari Rabu, 27 Januari 2010 pada jam 10.00malam.

| ARTIKEL PENUH



Wednesday, November 04, 2009

Majlis Pelancaran Pameran Filem Bangsawan dan Lagenda










Satu majlis Pelancaran pameran Filem Bangsawan & Lagenda 2009 telah diadakan di Galeri Perfileman FINAS, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) yang lalu. Beberapa pelajar dari FKPM juga telah turut serta menyertai majlis ini atas undangan dan pengangkutan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dirasmikan Yang Berbahagia Pengerusi FINAS Dato’ Wong Kam Hoong dengan simbolik paluan gong sebanyak 3 kali. Antara artis veteran yang sempat hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Dato’ Mustapha Maarof, Dato’ Sarimah serta seniman dan seniwati yg lain seperti Mariani, Kuswadinata, Rosnani serta Jamil Sulong.

Selesai makan tengahari, para tetamu dihidangkan dengan persembahan tarian daripada lagu Filem Melayu Klasik, lagu iringan Band Muzik serta penyampaian bercerita Kisah Lagenda. Para tetamu kemudiannya diberikan peluang untuk beramah dan bergambar bersama sama Bintang Filem Melayu Klasik yang hadir serta dibawa melawat di sekitar Galeri Perfileman FINAS untuk melihat sejarah dan perkembangan filem filem Melayu pada zaman dahulu sehingga ke hari ini.

Selesai membuat lawatan di dalam bangunan, para tetamu dibawa menonton Filem Melayu Klasik – “Indera Bangsawan” lakonan utama Senator Tan Sri Jins Shamsudin. Tayangan filem itu mengakhiri majlis yang tamat sekitar jam 5.30 petang sebelum para tetamu bersurai.

Sekalung tahniah diucapkan kepada FINAS yang telah berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Pameran seperti ini dapat memumpuk semangat cintakan filem filem Melayu dengan lebih dalam lagi disamping dapat mengenali dan mendalami budaya serta sejarah perfileman filem Melayu dengan lebih terperinci terutamanya buat generasi muda seperti para pelajar universiti.


Laporan disediakan oleh : SHAHRUL AZAM (MC223/1)


| ARTIKEL PENUH



Monday, October 19, 2009

WOAH HIJAU! Start Small For A Big Change, 1 Malaysia! Go-Green!



STUDENTS OF FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA STUDIES BACHELOR HONS IN ADVERTISING

Cordially invites publics to join

WOAH HIJAU! Start Small For A Big Change, 1 Malaysia ! Go-Green!

on Saturday, 24th October 2009

GO-GREEN GO CYCLING FROM LAKE GARDEN TO SG. WANG PLAZA AT “WOAH HIJAU” EVENT.


Ladies and Gentlemen, get ready to cycle in KL city center in conjunction of WOAH HIJAU! An event powered by SMET, in aid of Malaysian Nature Society (MNS) to experience fun and show your support to the go-green campaign.

Details are as follows:

Date : Saturday, 24 October 2009
Time : 10.00am –1.00pm
Venue : Cycle for Lake Garden to Sungei Wang Plaza
Distance : 5.5 km

Other activities :
  • Do colored hand print on our 6 meter long cotton cloth as a symbol of pledging to Go-Green.
  • Lucky draw for lucky participants.
  • Press conference.
VIPs :
  • SMET CEO
  • MNS representative
  • Faculty of Communication & Media Studies Dean

Participation fees: RM30 for publics (Every RM10 will go to charity and RM20 for T-Shirts and Meal)
Special price for UiTM student: RM15 only.


WOAH HIJAU! is an event organized by the final year students of Advertising from the Faculty of Communication & Media Studies UiTM Shah Alam. It is a final project paper that the students cover for Sales Promotion subject. The students chose to organize a Go Green Go Cycling event in order to create awareness among the society and educate them with a message, cycling is a healthy and environmental friendly activity that can be apart of everyone’s daily lifestyle.

This event is presented by SM Muhibbah Engineering & Trading Sdn. Bhd. (SMET), a engineering and wiring company that do substation for TNB. Through this event, SMET is doing an effort to be the first engineering and wiring company to do a Go-Green event. SMET also wants to introduce its new logo and management team through this event.

WOAH HIJAU! Is also a charity event organized in aid of Malaysian Nature Society. Fundraise for MNS is done through the collection of RM10 from the total fees from each participants. Other fund for MNS are raise from Students of UiTM and publics.

We would greatly appreciate it if you, publics who are interested to cycle with us in KL city center will come to show your support to go-green and create awareness among other publics.

Kindly RSVP by 22nd October 2009. Please do not hesitate to contact us at the numbers below for further clarification or enquiries. We look forward to seeing you there!

*This Wednesday, 21st October 2009, WHOA HIJAU! crew will do promotons from one class to another in the Faculty of Communication & Media Studies.

For media enquiries, kindly contact:

Nur Fadhilah Bt. Mohammed Noor +6013.632.2780 (fadmono@yahoo.com)
Sakinah Bt. Ismail +6019.356.2627 (kina_luv@yahoo.com)

Let's cycle! Go Green!
woahhijau.blogspot.com
Regards,
Fadhilah


EVENT INI ADALAH ANJURAN PARA PELAJAR SEMESTER 5A PROGRAM PENGIKLANAN MC224. MASSA MENGAJAK ANDA SEMUA UNTUK SAMA-SAMA MEMBERIKAN SOKONGAN DAN MENYERTAI EVENT INI.

| ARTIKEL PENUH



Thursday, October 15, 2009

Sekitar UiTM MotoGP 2009 Roadshow























Gambar dan video koleksi Meor Iszwan

Tahniah diucapkan kepada pihak pengajur iaitu pelajar semester 5C program Pengiklanan MC224.

| ARTIKEL PENUH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...