Graduan FKPM akan mengambil jubah pada Ahad ini (21 November 2010) jam 2.30 petang dan raptai akan diadakan pada jam 4.30 petang hari yang sama manakala istiadat konvokesyen bagi graduan FKPM akan diadakan pada sidang keenam, 28 November 2010.
Sebelum menghadiri Istiadat Konvokesyen sila pastikan perkara-perkara berikut untuk diambil tindakan.
1. Telah menjelaskan bayaran konvokesyen melalui kaunter di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau melalui Automated Teller Machine (ATM) mengikut jumlah yang berikut :

- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM 190.00
- Ijazah Sarjana RM 170.00
- Ijazah Sarjana Muda RM 140.00
- Diploma RM 115.00
Bayaran mesti dijelaskan selewat-lewatnya satu minggu (1) sebelum tarikh pengambilan jubah.
Sila semak laman web (http//bursary.uitm.edu.my/convo/) untuk memastikan status bayaran telah dikemaskini oleh sistem selepas 2 hari membayar yuran di atas.
Sebarang pertanyaan mengenai bayaran, sila hubungi Pejabat Bendahari di talian 03-55443435/3441/3340/3438 atau e-mail marwan@salam.uitm.edu.my atau wan515@salam.uitm.edu.my atau norlina874@salam.uitm.edu.my.
SILA BAWA BERSAMA BIL BAYARAN KONVOKESYEN SEMASA MENGAMBIL JUBAH.
2. Semua hutang yuran pengajian/kolej, denda perpustakaan atau tatatertib pelajar serta saman lalulintas telah dijelaskan. Graduan yang tidak mejelaskan mana-mana tunggakan di atas tidak dibenarkan mengambil jubah akademik.
Skrol dan transkrip akan hanya diserahkan setelah semua bayaran tertunggak dijelaskan.
3. Semua graduan dimestikan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan IPTA melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my yang dibuka mulai 25 Oktober 2010 serta mencetak Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan IPT dan bawa bersama semasa hendak mengambil jubah.
4. Para graduan dimestikan mengambil jubah mengikut jadual yang telah ditetapkan sahaja dan para graduan TIDAK dibenarkan mengambil jubah sebelum atau selain daripada tarikh yang ditetapkan.
5. Para Graduan dikehendaki mengambil tindakan berikut sebelum hadir untuk mengambil jubah :

- Mencetak Borang Pinjaman Jubah
- Membuat pembayaran denda (jika ada) seperti yang tercatat pada Borang Pinjaman Jubah, 2 minggu sebelum Istiadat Konvokesyen bermula.
- Membawa Borang Pinjaman Jubah pada hari pengambilan jubah yang telah dijadualkan.
- Membawa bersama Mykad.
- Membawa bersama Slip Bayaran Konvokesyen.
- Membawa bersama Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan IPT.
6. Buku Panduan Istiadat Konvokesyen tidak lagi dihantar kepada graduan, sebaliknya hanya dipaparkan dalam lawan web Konvokesyen UiTM (http://konvokesyen.uitm.edu.my), para graduan dimestikan melayari laman web tersebut dan mencetak Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UiTM.
Setiap graduan diminta mengesahkan kehadiran masing-masing ke Istiadat Konvokesyen secara atas talian melalui (http://konvokesyen.uitm.edu.my) mulai 1 Oktober 2010.
Melalui sistem pengesahan konvokesyen secara atas talian ini, para graduan boleh mendapatkan makluman dan maklumat seperti dibawah
- Semakan tarikh dan masa raptai
- Semakan tarikh dan masa konvokesyen
- Semakan nombor giliran konvokesyen
- Muat Turun Buku Panduan Konvokesyen
- Mencetak Bil/Yuran Konvokesyen
- Mencetak Borang Pinjaman Jubah
- Telah menyediakan pakaian untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen sepertimana yang ditetapkan, sila rujuk garis panduan yang telah ditetapkan. (Rujuk http://konvokesyen.uitm.edu.my)
MANA-MANA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, UNIVERSITI BERHAK UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN.
8. Telah memaklumkan kepada ibubapa/tetamu mengenai pakaian rasmi yang mesti dipakai untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen. (Rujuk http://konvokesyen.uitm.edu.my)
9. Bawa bersama kad jemputan (untuk 2 orang ibubapa/tetamu graduan sahaja) untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen dan pelekat kenderaan ditampal pada cermin hadapan kenderaan.
KAD JEMPUTAN DAN PELEKAT KENDERAAN AKAN DIBERI KEPADA GRADUAN SEMASA MENGAMBIL JUBAH AKADEMIK.
10. Para graduan dikehendaki hadir mengikut masa yang telah ditetapkan mengikut jadual Sidang yang telah dipaparkan Web Konvokesyen UiTM. Graduan yang hadir lewat tidak akan dibenarkan menyertai dan memasuki dewan kerana akan mengganggu Istiadat Konvokesyen yang sedang berlangsung. Para graduan digalakkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan dan berkumpul di hadapan Perkarangan Budisiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.