About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, October 28, 2010

NST - UiTM Varsity Voice

Mohamed Khaled (tengah) menunjukkan akhbar New Straits Times Varsity Voice bersama Zainul Arifin (kanan) dan Dr Sahol Hamid pada majlis perasmiannya di Kuala Lumpur.

RM1 juta terbit akhbar 5 IPTA


Projek kementerian, NSTP dedah pelajar dalami dunia kewartawanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan memperuntukkan RM1 juta kepada lima universiti awam yang menjayakan projek 'Journalism On Campus' bersama Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) pada tahun depan.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan tambahan berjumlah RM130 juta diluluskan kementerian bagi menjayakan program meningkatkan kemahiran insaniah graduan.


Katanya, tahun ini Universiti Teknologi Mara (UiTM) selaku universiti awam pertama mengikuti projek berkenaan diberi peruntukan RM100,000 untuk menjayakannya.

“Tahun depan, kementerian akan menyalur peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap universiti awam yang mengikuti program ini, tetapi terhad kepada lima universiti yang menawarkan program kewartawanan atau komunikasi,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melancarkan projek ‘Journalism On Campus’ di Balai Berita di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa dan Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan, Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd (NST), Datuk Syed Nazri Syed Harun dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Profesor Dr Azni Zain Ahmed.

Seramai 57 pelajar UiTM daripada pelbagai jurusan dan fakulti mengikuti program itu sejak Jun lalu bagi mendedahkan mereka pengalaman mencari dan menulis berita, mengambil gambar, membuat reka letak akhbar serta mencari iklan sambil diberi nasihat bimbingan mentor NSTP.

Menerusi program itu, pelajar terbabit dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai cara menerbitkan akhbar dikenali Varsity Voice untuk lapan keluaran dalam tempoh dua semester, mencetak 25,000 naskhah setiap keluaran serta mengedarkannya di 16 kampus cawangan UiTM.

Khaled berkata, kementerian mengalu-alukan pihak industri terbabit dalam program meningkatkan kemahiran insaniah supaya dapat menepis tanggapan kononnya universiti awam gagal melahirkan graduan yang diperlukan di pasaran pekerjaan atau industri.


Klik Baca Selanjutnya untuk meneruskan bacaan.

  • Seramai 57 pelajar UiTM daripada pelbagai jurusan dan fakulti mengikuti program itu sejak Jun lalu bagi mendedahkan mereka pengalaman mencari dan menulis berita, mengambil gambar, membuat reka letak akhbar serta mencari iklan sambil diberi nasihat bimbingan mentor NSTP.
  • Menerusi program itu, pelajar terbabit dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai cara menerbitkan akhbar dikenali Varsity Voice untuk lapan keluaran dalam tempoh dua semester, mencetak 25,000 naskhah setiap keluaran serta mengedarkannya di 16 kampus cawangan UiTM.


KLIK SINI untuk menyertai Fecebook NST - UiTM Varsity Voice.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...