Para pelajar kelas MC21S3A, Program Kewartawanan (MC221) akan menganjurkan Bicara Ilmiah Bersama Menteri Kebebasan Bersuara: Di Mana Hadnya? seperti berikut:
Tarikh: 4 Oktober 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Bicara ilmiah ini bakal membincangkan mengenai kebebasan bersuara dan hadnya, kupasan menarik bakal dikongsi bersama panel kehormat yang diundang iaitu Dato' Seri Nazri Aziz yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.