About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Wednesday, August 11, 2010

UiTM Menerusi FKPM Tubuh Kursi A. Samad Ismail

Klik imej untuk bacaan lebih jelas

  • UiTM menerusi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) melancarkan penubuhan Kursi A Samad Ismail bagi meningkatkan pengetahuan dunia komunikasi dan pengajian media Malaysia ke persada antarabangsa selain bagi memartabatkan sumbangan penulisan, bidang kewartawanan Melayu dan media terhadap perjuangan mencapai kemerdekaan, pembentukan minda dan jati diri di kalangan rakyat.
  • FKPM dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah kerana FKPM merupakan fakulti pertama di Malaysia yang mengkhusus dalam bidang komunikasi dan media.
  • Ramai daripada editor di pertubuhan media adalah graduan UiTM dan ada di antara mereka yang mendapat bimbingan terus daripada Allahyarham A. Samad, lebih dikenali sebagai Pak Samad, yang menjadi pensyarah sambilan FKPM (Sebaran Am) sekitar tahun 1970-an.

"Jika diteliti sejarah kehidupan Pak Samad, beliau banyak berdepan pelbagai ranjau kehidupan yang diterjemahkan menerusi hasil penulisan untuk memberi kesedaran serta mendidik masyarakat sepanjang zamannya sehingga ke hari ini.

"Dengan adanya Kursi A. Samad Ismail ini, membolehkan kajian dan perkembangan hasil idealisme tokoh ini dilakukan untuk perkembangan ilmu kewartawanan dan komunikasi terutamanya dalam suasana persaingan di antara media baru dengan konvensional ketika ini."


.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...