About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, August 23, 2010

Selangkah Ke Dunia Instruktional



Instructional Community akan menganjurkan program pemantapan diri ‘Selangkah ke Dunia Instruktional’. Program ‘Selangkah ke Dunia Instruktional’ adalah program pemantapan diri yang menyediakan para pelajar MC226 dalam menghadapi cabaran untuk menempuh latihan industri pada semester 6.

Pada semester ini, tema Ke Arah Mengeksplorasi Destini Instruktional dipilih sebagai simbolik kepada perjuangan pelajar pengajian Komunikasi Instruktional dan Latihan MC226 yang akan memasuki industri sebagai satu produk baru Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM. Seluruh warga FKPM berusaha untuk memastikan bahawa produk ini mendapat tempat dan menjadi tanggungjawab warga MC226 untuk mempersiapkan diri ke arah tersebut. Butiran program seperti berikut:

Tarikh: 24 hingga 26 September 2010
Tempat: Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.

Objektif program ini adalah seperti berikut:
  • Melahirkan produk instruktional dan latihan yang terbaik dari UiTM yang mampu bersaing dari glokal mahupun global.
  • Mempersediakan graduan instruktional dan latihan dengan mengeksplorasi potensi yang ada dalam bidang yang diceburi.
  • Menjadikan program instruktional dan latihan sebagai salah satu produk yang menjadi rebutan industri di dalam latihan industri dan alam pekerjaan sebenar.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...