About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, August 24, 2010

Konvo Serentak Di Lima Negeri

Istiadat Konvokesyen dijangka akan berlangsung dari 25 November hingga 6 Disember 2010 di UiTM Shah Alam dan empat kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak. Istiadat Konvokesyen Ke-73 ini juga akan berlangsung secara serentak di kampus Induk Shah Alam dan juga empat kampus tersebut mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

Bagi graduan yang menuntut di kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak serta Kolej-Kolej Bersekutu di empat negeri tersebut dimaklumkan anda akan bergraduasi di empat kampus cawangan yang telah dinyatakan. Manakala graduan yang menuntut di negeri selain yang dinyatakan diatas, anda akan bergraduasi di Kampus Induk Shah Alam.

Sebarang Maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen di talian talian 03-55443130. Harap maklum.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...