Bermula 9 Ogos 2010 yang lalu, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah mula beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu. Itulah hadiah sempena Ramadhan sepertimana yang telah diumumkan oleh Naib Canselor UiTM. Beroperasi selama 24/7 ini akan memberikan banyak manfaat kepada pelajar terutama pelajar Non-Resident bagi mendapatkan kemudahan perubatan dan kesihatan di luar waktu kerja biasa.
Tahukah anda bahawa insiatif pembukaan Pusat Kesihatan selama 24jam ini bermula daripada aduan pelajar UiTM di Facebook milik Naib Canselor yang seterusnya mendapat perhatian beliau untuk tindakan sehingga akhirnya pengumuman ini dibuat. Tahniah diucapkan buat Naib Canselor kita serta pihak pengurusan dan staf di Pusat Kesihatan.

"Isu Pusat Kesihatan dikemukakan dalam Facebook. Facebook adalah khusus untuk warga UiTM, pelajar dan kakitangan. Saya hanya sebagai Naib Canselor menjalankan tugas demi kepentingan warga UiTM. Kadang-kadang ada juga yang ambil masa dan ada yang tak dapat diuruskan atas sebab polisi dan lain-lain. Yang penting kami akan usahakan, insyaallah."
.