KLIK SINI untuk menonton ucapan Naib Canselor semperna pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UiTM.
UiTM edar 1,000 Jalur Gemilang
SHAH ALAM 13 Ogos - Kira-kira 1,000 bendera Jalur Gemilang diedrkan kepada para pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini bagi meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun ini.
Pelancaran sambutan tersebut dilaksanakan oleh Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di bangunan Canselori UiTM.
"Kita perlu belajar daripada apa yang telah berlaku pada masa lampau. Bangsa yang tidak tahu sejarah tidak akan mampu membangun," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan tersebut di sini hari ini.
Beliau menambah, kemerdekaan mempunyai makna tersendiri dan baginya, kemerdekaan telah merintis kepada kepada penubuhan UiTM yang kini berjaya mengubah kehidupannya.
Bendera-bendera itu juga akan diedarkan di jabatan-jabatan dan fakulti di UiTM tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini.