MASSA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) sesi Julai 2010. Selamat menjadi warga UiTM dan selamat menjadi adik beradik baru dalam keluarga MASSA.
Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke fakulti dan selamat memulakan semester baru kepada para pelajar lama FKPM. Semoga semester ini akan lebih baik dari semester sebelumnya dan moga kejayaan yang lebih cemerlang akan kita gapai untuk semester Julai-November 2010.
Selamat mengikuti program-program anjuran MASSA yang bakal dilaksanakan untuk semester ini.