About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, July 12, 2010

Mechanical Engineering Carnival (MEC) 2010


Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal (PSSKM-UiTM) akan menganjurkan Mechanical Engineering Carnival (MEC) 2010, salah satu acara tahunan terbesar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), UiTM Shah Alam.

MEC 2010 akan berlangsung selama empat hari bermula dari 15 Julai 2010 (Khamis) sehingga 18 Julai 2010 (Ahad). Pelbagai acara dan program menarik akan berlangsung selama empat hari ini antaranya autoshow, paintball, Cuci-cuci Charity, Science & Technology Fair, MESCO, gerai jualan, Engineering Forum, bengkel automotif, kempen derma darah, GreenROB, konvoi MEC, tayangan amal dan book fair.

Program-program untuk MEC 2010 akan berlangsung di FKM, padang kawad, Foyer S&T, Dataran Cendekia, Pusat Sukan, Stadium UiTM, parking Kolej Mawar dan parking Akademi Pengajian Bahasa (APB).

Layari Blog Rasmi PSSKM untuk melihat aturcara program untuk MEC 2010.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...