MASSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Abdullah bin Mohamad Said (Pengarah Kampus UiTM Perak) atas perlantikan baru sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni berkuatkuasa 1 Jun 2010 yang lalu. Selamat bertugas diucapkan.
Tidak lupa juga MASSA ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Hj. Nasuddin Othman. Sememangnya Dato Nasuddin banyak menyokong aktiviti pelajar UiTM selama memegang jawatan berkenaan. Jasa beliau akan sentiasa dikenang dan sekali lagi terima kasih diucapkan, ikhlas daripada pihak MASSA mewakili para pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).