Pada 19 Februari 2010, saya ada menghantar satu soalan kepada Naib Canselor UiTM di laman Facebook beliau selain mencuri kesempatan untuk mempromosikan Blog MASSA di laman tersebut. Berikut adalah soalan yang dikemukakan:
Saya ingin bertanya apa pandangan Dato' tentang isu blog dikalangan mahasiswa? Mantan NC sebelum ini (Mei 2008) ada mengatakan ingin mewujudkan program/kursus penulisan blog di UiTM, adakah rancangan tersebut akan diteruskan memandangkan blog antara media alternatif yang kian popular di Malaysia?
Tidak sampai sehari, persoalan saya telah dijawab oleh Naib Canselor;
Pandangan saya sekiranya digunakan untuk mewujudkan kelompok pemikiran yang kreatif dan inovatif, saya setuju tanpa melanggar akta komunikasi negara yang boleh mengancam keselamatan negara.. Saya akan lihat kembali kursus tersebut..
Itulah komen ringkas yang diberikan oleh Naib Canselor. Tujuan saya menulis entri ini adalah untuk menyeru rakan-rakan sekalian agar berhati-hati dan bersikap bertanggungjawab dalam menulis atau mengendalikan blog. Saya yakin ramai di antara kita sebenarnya yang mempunyai blog peribadi masing-masing. Berwaspada ketika menulis atau memberi komen terutama mengenai isu-isu sensetif.
Selain blog, anda juga harus berhati-hati di Facebook, jangan memberi komen yang kerterlaluan yang bercanggah dengan undang-undang negara. Pasti anda pernah membaca di dada akhbar, banyak laporan polis dibuat terhadap penulisan blog dan juga di Facebook yang mendatangkan kemarahan banyak pihak. Maka, berhati-hati dan jangan terlalu emosi ketika menulis dan memberi pendapat.
Saya ada bercadang untuk menyediakan satu ruang di dalam blog ini untuk menghimpunkan semua blog yang dihasilkan oleh para pelajar FKPM agar kita bersama-sama dapat berkongsi cerita dan idea. Apa pendapat anda?
Meor Iszwan, Moderator Blog MASSA