About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Friday, January 29, 2010

Tahniah Dan Selamat Menjalankan Tugas MPP FKPM Sesi 2010/11

Teka teki sudah terjawab di Pusat Sukan semalam (28 Januari 2010) pada majlis pengiraan undi dan pengumuman calon yang menang kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2010/11 untuk fakulti masing-masing. Tahniah diucapkan kepada dua MPP baru Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yang telah ditabalkan iaitu saudara Mohd Faiz Bin Othman (MC222/04) dan Mohamad Izzat Ismail (MC223/04).

Kepada tiga calon lain yang kurang bernasib baik, cuba lagi jika ada kesempatan dan jadikan pengalaman dalam pilihanraya kampus ini sebagai satu pengalaman berharga. Teruskan berkhidmat untuk fakulti dan UiTM dalam cabang yang lain dan untuk dua yang berjaya, selamat menjalankan tugas sebagai wakil pelajar FKPM. Semoga apa yang dijanjikan dalam manifesto masing-masing akan diusahakan sebaiknya.

MASSA mengucapkan tahniah buat saudara Faiz dan Izzat!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...