About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, December 26, 2009

Selamat Menjalani Latihan Praktikal Di Turki













Pada awal pagi 24 Disember 2009 (Khamis) yang lalu, sembilan orang pelajar semester enam FKPM telah selamat berlepas ke Turki untuk menjalani latihan praktikal selama empat bulan di sana. Pemergian mereka telah diiringi bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang berhimpun di KLIA seawal 10.00 malam sehingga jam 1.00pagi dimana penerbangan mereka dijadualkan pada jam 2.00pagi.

Sembilan pelajar berkenaan adalah;
  1. Syawal Rudin Bin Abdul Razak (MC221)
  2. Siti Hajar Bt Mohd Yunus (MC221)
  3. Juliana Bt Sharin (MC221)
  4. Nur Alia Bt Wahidin (MC222)
  5. Nor Hayatie Bt Md Riffin (MC222)
  6. Muhammad Ridhuan Bin Hussain (MC223)
  7. Zulaikha Bt Zubir (MC223)
  8. Nur Amalia Bt Mohammad Zuki (MC224)
  9. Fatin Izaty Bt. Mohd Hashim (MC225)
Semester ini pelajar-pelajar semester enam yang terpilih bertuah kerana dapat menjalani latihan praktikal mereka di luar negara berserta dengan tajaan. Selepas ini, beberapa lagi pelajar akan berlepas ke Amerika Syarikat dan juga Australia. Doa kami semoga semua yang telah dan akan ke luar negara akan dapat menimba pengalaman sebaiknya dan selamat pulang ke tanah air.

MASSA mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tahun akhir FKPM termasuk majoriti AJK MASSA Sesi 2009 yang kini sedang berpraktikal.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...