Unit Pengurusan Non Resident akan mengadakan Mini Karnival NR DAYS. Mini karnival ini diadakan untuk kemudahan pelajar-pelajar NR mendapat perkhidmatan dan juga sebagai 1 stop centre untuk semua urusan berkaitan. Antara kaunter- kaunter yang akan dibuka seperti :
- Kaunter Rumah Sewa
- Kaunter Bantuan Kewangan
- Kaunter Unit Zakat
- Kaunter Pusat Kesihatan
- Kaunter Kokurikulum
>Berikut adalah butiran Mini Karnival NR Days :
Tarikh : 2 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Kompleks Pusat Sukan
Turut diadakan taklimat pelajar-pelajar baru NR sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar baru yang akan menyewa di luar kampus. Dijemput semua pelajar baru dan lama memeriahkan mini karnival ini.
p/s: untuk permohonan stiker kenderaan pelajar, sila bawa bersama salinan geran kenderaan atau insurans untuk pengesahan.
Sumber: Unit Pengurusan NR