
Masih ingatkah anda akan tragedi yang berlaku setahun yang lalu? Pada 3 Disember 2008, satu berita dari New Zealand telah mengejutkan semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) amnya dan warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) khususnya; jam 3 petang waktu Malaysia dan kira-kira jam 8.15 malam waktu tempatan, satu kemalangan maut telah berlaku melibatkan rombongan pelajar dan pensyarah FKPM (U-Vue Club) di North Putaruru Tirau, Hamilton, kira-kira 200 kilometer dari Auckland, New Zealand.
Dalam kemalangan tersebut, dua orang maut iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber FKPM ketika itu, Tuan Haji Shafiee Ahmad, 51 tahun yang juga merupakan pengasas U-Vue Club dan seorang pelajar Penyiaran (MC223), Mariyam Sakinah, 21 tahun. Hari ini genap setahun pemergian mereka. Marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah agar roh mereka ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan senantiasa dirahmati oleh Allah Taala. al-Fatihah...
KLIK SINI untuk melihat koleksi keratan akhbar berkenaan tragedi ini.
(sumber daripada blog Meor Iszwan, Timbalan Presiden MASSA)