About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, October 03, 2009

Program Terdekat Anjuran Kelab-kelab Dalaman FKPM



Kelab baru di FKPM, INC CLUB yang ditubuhkan selepas pembubaran IIM akan menganjurkan program pertamanya iaitu Are You In? - Interpersonal Day di Cineleisure Damansara pada 6 Oktober 2009, Selasa dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam.



Broadcating Club
akan menganjurkan 'Broadcasting Excellence Awards 2009' yang akan di adakan di Kelab Shah Alam pada 7 Oktober 2009. Majlis penganugerahan seperti ini julung-julung kali diadakan untuk para pelajar Program Penyiaran di FKPM.



AdClub akan menganjurkan ADFEST 2009 yang merupakan program wajib setiap semester bagi para pelajar Program Pengiklanan. ADFEST kali ini akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2009 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Antara program yang bakal diadakan selama dua hari tersebut adalah ADTALK, ADNITE dan juga ADXPLORACE.

(rujuk poster yang ditampal sekitar fakulti untuk maklumat lanjut)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...