Berikut adalah keputusan tinjauan pendapat untuk bulan September berkaitan kadar tambang baru bas rapidKL yang bermula 1 September 2009 dikatakan membebankan golongan pelajar. Seramai 71 orang mengundi dalam tinjauan tersebut, 80% (57 pengundi) setuju bahawa kadar baru itu membebankan pelajar, 9% (7 pengundi) tidak bersetuju kadar itu membebankan pelajar, 5% (4 pengundi) menyatakan mereka tidak menggunakan perkhidmatan bas rapidKL manakala 4% (3 pengundi) tidak kisah dengan kadar baru kenaikan tambang bas rapidKL.
Ini antara tinjauan pendapat yang menarik minat pengundi. Sasarannya adalah para pelajar di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan apa yang cuba ditinjau adalah sejauh mana keakraban hubungan pelajar senior dengan junior di FKPM? Seramai 60 orang pelajar telah mengundi dan keputusannya:
- 26% (16 pelajar) menyatakan senior sombong pada junior
- 21% (13 pelajar) memilih 'bolehlah'
- 16% (10 pelajar) menyatakan junior tidak kenal yang mana senior
- 11% (7 pelajar) menyatakan junior hanya mengenali senior daripada sequence mereka sendiri sahaja
- 10% (6 pelajar) menyatakan junior tidak hormat senior dan junior dan senior hanya bertegur ketika induksi dan ketika menjalankan program sahaja
- Hanya 3% (2 pelajar) berpendapat hubungan junior dan senior di FKPM adalah sangat mesra
Perihal keakraban junior dengan senior di FKPM sering diperbualkan. Ada pendapat dan pensyarah yang merupakan bekas pelajar FKPM menyatakan bahawa hubungan sesama pelajar di fakulti sudah tidak sama seperti dulu. Dahulu junior sangat hormat dan rapat pada senior dan tidak kisah walaupun 'dibuli' dan senior tidak lupa untuk membantu junior dari segala segi. Persoalannya sejauh mana hubungan sebenar antara junior dengan senior di fakulti kita kini? Mungkinkah perubahan keakraban berlaku kerana perubahan masa? teknologi? atau pilihan pihak pentadbiran UiTM yang semakin memanjakan pelajar baru ketika Minggu Mesra Siswa (MMS) dan induksi??
Jawapannya ada pada anda... apa sekalipun marilah kita pelajar FKPM bersatu tanpa mengira sequence, lepasan diploma mahupun STPM/Matrik/Fakulti lain, batch dan tanpa mengira kelab dan persatuan yang anda naungi. Bersatu untuk fakulti atas semangat SATU MASSCOMM! MASSA sedia menjadi platformnya.
Jawapannya ada pada anda... apa sekalipun marilah kita pelajar FKPM bersatu tanpa mengira sequence, lepasan diploma mahupun STPM/Matrik/Fakulti lain, batch dan tanpa mengira kelab dan persatuan yang anda naungi. Bersatu untuk fakulti atas semangat SATU MASSCOMM! MASSA sedia menjadi platformnya.