Sistem tambang baru RapidKL membebankan penuntut
Perkhidmatan bas RapidKL terkenal dengan tambang minimum RM1 dan boleh digunakan berulang kali dalam masa sehari. Namun, mulai 1 September lalu, berlaku perubahan sistem tambang daripada RM1 untuk seharian kepada RM1 sehala menyebabkan rungutan pengguna, terutama pelajar.
Saya adalah pengguna setia RapidKL dan menaikinya hampir setiap hari berulang-alik dari Seksyen 7, Shah Alam ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kenaikan harga tambang menjadi beban.
Malah didapati perubahan sistem baru ini tidak sesuai, terutama di kawasan Shah Alam memandangkan kebanyakan penduduk Shah Alam adalah golongan pelajar yang majoritinya bergantung kepada perkhidmatan bas awam sebagai pengangkutan utama.
Saya berharap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah ini dengan menukarkan sistem sedia ada kepada sistem lebih sesuai dengan kemampuan pelajar. Hal ini kerana penggunaan sistem tambang baru ini sedikit sebanyak mendatangkan kesukaran kepada pengguna, terutama pelajar.
M SHABBY,
Shah Alam, Selangor.

Sumber diambil daripada Berita Harian (Surat)
Menurut sumber, penulis adalah pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan merupakan bekas presiden Kelab IIM.