About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Wednesday, September 02, 2009

Pengenalan Program 'Bertamu Di Anjung Raudhah'



Bersempena dengan Ramadhan al-Mubarak ini, program 'Bertamu Di Anjung Raudhah' yang bercorak kerohanian diharap mampu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari pencapaian akademik dan penghayatan kerohanian.

Objektif Program
  • Mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan pengisian majlis agama kepada warga FKPM
  • Melahirkan mahasiswa cemerlang yang seimbang dari segi akademik dan kerohanian
  • Merapatkan hubungan dan menjalin jambatan ukhwah antara warga FKPM
Matlamat Program

Mewujudkan komuniti FKPM yang berilmu dan celik agama serta saling bertukar pendapat dan memperoleh ilmu untuk bekalan di dunia dan di akhirat


MASSA menjemput semua Warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media untuk berhimpun beramai-ramai bagi menjayakan program ini. Semoga program ini akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat keberkatan daripada Allah Taala, insyallah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...