
Berikut adalah keputusan tinjauan pendapat untuk bulan Ogos berkaitan pembatalan cuti ulangkaji untuk semester ini. Dalam tinjauan tersebut, 47% (116 pelajar) tidak bersetuju dengan pembatalan cuti ulangkaji, 45% (111 pelajar) bersetuju dengan langkah yang diambil oleh UiTM manakala 6% (17 pelajar) tidak kisah dengan apa keputusan UiTM sekalipun.

Di atas pula adalah undian yang dibuka sejak blog ini ditubuhkan iaitu sekitar bulan April dan ditutup pada 1 September 2009. Undian adalah mengenai subjek liberal manakah yang diminati oleh pelajar di FKPM. Seramai 119 pelajar telah memilih dan undian paling tinggi adalah untuk subjek Photo Communication (subjek Semester Satu) dengan 52% undian diikuti Graphics and Layout (subjek Semester Dua) sebanyak 30% dan Bahasa Ketiga sebanyak 24%.
*mulai bulan September, poll akan diubah setiap bulan dan poll khas akan dibuat sekiranya ada topik atau isu khas.
Mari mengundi untuk poll bulan September tentang sejauhmana hubungan antara pelajar senior dengan junior di fakulti kita.