Pada 19 Ogos 2009 (Rabu) yang lalu, telah diadakan program Voice of Student Leaders anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Ketua-ketua Bahagian Jawatankuasa Perhubungan Pelajar Hal Ehwal Pelajar (HEP). Program yang dilangsungkan di Dewan Sri Budiman ini menghimpunkan barisan kepimpinan pelajar daripada Seketeriat Mahasiswa Fakulti (SMF), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan kelab-kelab dalaman UiTM.
Program yang dirasmikan dan dikelola oleh Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Dato' Dr. Hj. Nasuddin Othman ini berlangsung dengan format para pelajar mengajukan soalan, pandangan dan pendapat kepada barisan staf HEP UiTM yang dibawa daripada pelbagai bahagian perkhidmatan.
Banyak isu yang diperkataan pada malam tersebut tetapi saya tertarik untuk berkongsi tentang isu rapidKL memandangkan isu tambang baru rapidKL ada diutarakan dalam entri terdahulu. Berikut adalah antara hujah yang diperkatakan oleh wakil rapidKL apabila ada pelajar yang mempersoalkan tentang kadar baru tambang bas rapidKL :
- setiap unit bas rapidKL yang keluar dari depoh pada 5.30pagi dan kembali ke depoh pada jam 11.00malam memakan kos pengendalian sebanyak RM600 sehari
- rapidKL menyediakan 12 buah bas untuk kegunaan pelajar UiTM Shah Alam (T603 dan T604) dan mendapat pulangan melalui jualan tiket sebanyak RM6000 sehari
- melalui sistem pas harian yang diamalkan sekarang, rapidKL mengalami kerugian sebanyak hampir RM1200 sehari
- tambang yang ada sekarang disifatkan oleh rapidKL sebagai terlalu rendah dan kenaikan tambang mulai September ini adalah perlu serta sudah hampir pasti akan dilaksanakan melainkan atas arahan kerajaan untuk tidak melaksanakannya
- para pelajar terpaksa menerima kenaikan kadar baru tambang bas rapidKL mulai September ini dan pihak rapidKL berjanji untuk berusaha mendapatkan separuh pas bulanan RM40 yang dikeluarkan mereka untuk diberikan kepada para pelajar UiTM Shah Alam melalui tempahan awal
- berkaitan soalan pelajar tentang perkhidmatan bas rapidKL dari induk ke Kampus Puncak Alam, pihak rapidKL menyatakan buat masa ini permintaan itu tidak dapat dilaksanakan memadangkan mereka kekurangan bas
Disediakan oleh:
Meor Iszwan
Timbalan Presiden MASSA