Sukan Antara Fakulti (SAF) 2009 telah melabuhkan tirainya. Tahniah diucapkan kepada setiap atlit yang telah mewakili Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dalam pelbagai jenis acara atas semangat juang yang ditunjukkan. Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi SAF untuk tahun ini:
Secara keseluruhannya FKPM telah mendapat kedudukan ke-21 dengan kutipan mata sebanyak 40. Pecahan mata yang diperoleh oleh FKPM adalah daripada lelaki (13 mata), wanita (22 mata) dan acara larian SAF (5 mata). Antara kejayaan yang telah dicapai oleh FKPM adalah naib johan untuk bola tampar wanita, boling padang wanita dan tarik tali wanita selain mendapat tempat ketiga dalam acara bola jaring dan boling padang lelaki.
Jika dilihat daripada pungutan mata FKPM, kita sebenarnya berada di kedudukan terkebawah adalah kerana kurangnya penyertaan dalam Larian SAF dimana fakulti kita mendapat jumlah mata yang paling rendah iaitu hanya 5 mata. Perkara ini harus dipertimbangkan pada SAF akan datang agar FKPM dapat memperbaiki kedudukan di tangga yang lebih baik.
MASSA mengucapkan tahniah kepada semua baik peserta mahupun para penyokong FKPM. Bersama juga diucapkan terima kasih dan tahniah kepada Seketeriat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan MPP FKPM yang telah menguruskan pasukan fakulti kita untuk Sukan Antara Fakulti kali ini.
Sumber diambil dari laman web Pusat Sukan UiTM