Syor wajib pakai topeng H1N1
Jika dilihat di kaca televisyen dan akhbar, hampir setiap hari berita mengenai penularan pandemik wabak H1N1 semakin membimbangkan. Dengan peningkatan kematian, seharusnya setiap rakyat memandang perkara ini secara serius.
Pemakaian topeng muka adalah salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan H1N1 di tempat awam. Walaupun kerajaan mengesyorkan pemakaian topeng, ia dipandang enteng oleh sesetengah pelajar yang berasakan mereka tidak akan dijangkiti dan menganggap pemakaian topeng memalukan.
Pada pemerhatian saya, rata-rata pelajar tidak mengendahkan arahan pemakaian topeng di tempat yang sesak seperti di dalam bas awam.
Kebanyakan pelajar tidak berminat untuk memakai topeng muka mungkin kerana takut disisih oleh rakan yang lain. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kebanyakan mereka menganggap saya adalah pembawa virus walaupun hakikatnya pemakaian topeng hanyalah untuk pencegahan wabak H1N1.
Jika mentaliti sebegini wujud pada setiap pelajar, tidak hairanlah penularan wabak ini berlaku di dalam kampus. Seharusnya kesedaran pemakaian topeng muka ini datang dari dalam diri kita sendiri. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?
Seharusnya pemakaian topeng muka diwajibkan kepada setiap pelajar. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai simptom H1N1, mereka perlu memikirkan diri mereka sendiri dan apatah lagi pada pelajar yang sudah disahkan menghidapi virus itu. Buang segala perasaan malu dan cegahlah wabak ini daripada terus menular.
ROHANI WK,
Pelajar FKPM UiTM.

Sumber diambil daripada Berita Harian (Surat)
MASSA tidak mengetahui sama ada pelajar FKPM di atas adalah pelajar diploma di UiTM Melaka atau pelajar di UiTM Shah Alam. Apa sekalipun kami di pihak MASSA bersetuju dengan syor di atas dan akan menyokong jika pihak UiTM mahu mewajibkan pemaikan topeng H1N1 di dalam kawasan kampus.