Pada hari Rabu, 4 Jun 2009 yang lalu telah diadakan satu perjumpaan tidak rasmi antara tiga Ahli Jawatankuasa MASSA iaitu saudari Suhaila Kamal (Presiden), saudari Miharaini Md Ghani (Biro Akademik, Kerjaya dan Keusahawanan) serta saudara Tashreeq Abdul Rashid (Biro Media dan Publisiti).
Perjumpaan pada jam 10.00 pagi adalah untuk membincangkan serba sedikit tentang aktiviti sepanjang semester hadapan selain melakukan 'proof reading' kertas kerja permohonan untuk mendapatkan Bilik Gerakan MASSA yang baru serta papan kenyataan rasmi MASSA.
Pada jam 12.00 tengah hari telah diadakan perjumpaan sulung antara wakil MASSA dengan Penasihat Ke-2 MASSA yang baru dilantik iaitu En. Abu Yamin. Antara isi perbincangan yang telah dilakukan adalah:
1. Kesudian En. Abu Yamin untuk memberikan khidmat nasihat terhadap perjalanan MASSA pada masa mendatang.
2. Perbincangan juga banyak berlegar berkaitan Majlis Induksi Pelajar Part01 untuk semester hadapan. Antara cadangan yang diutarakan adalah:
- melibatkan semua kelab dalaman lain yang bernaung di bawah FKPM untuk bersama-sama dengan MASSA dalam Majlis Induksi tersebut.
- berusaha untuk memastikan lebih ramai pensyarah dapat turut serta.
- tarikh 10 Julai 2009 bersamaan hari Jumaat dipilih sebagai cadangan tarikh program. (rasionalnya dicadangkan pada hari Jumaat adalah untuk memudahkan pensyarah untuk hadir dan mengambil bahagian)
walaubagaimanapun, semua cadangan di atas masih di peringkat perbincangan
3. Penyediaan 'corporate profail MASSA' untuk rujukan dan antara lain tujuannya adalah untuk menggariskan fungsi MASSA yang sebenarnya.
Perjumpaan tidak rasmi ini berakhir pada jam 2.30 petang. Sebelum menamatkan perjumpaan, En. Abu Yamin meluahkan harapannya untuk melihat FKPM akan terus cemerlang. Kami bagi pihak MASSA mengucapkan terima kasih atas kesudian En. Abu Yamin meluangkan masa bersama wakil MASSA. Semoga hubungan antara Penasihat dengan AJK MASSA akan terus utuh!
Laporan disediakan oleh,
SUHAILA KAMAL
(Presiden MASSA Sesi 2009/2010)