About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, June 14, 2009

4 Calon Naib Canselor UiTM


Y. Bhg. Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin

Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar

Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Bin Abu Shah


KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi telah menyenarai pendek empat nama calon jawatan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggantikan Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah yang akan tamat kontrak hujung tahun ini.

Dua daripada empat calon berkenaan merupakan bekas pegawai kanan dan pensyarah UiTM.

Menurut sumber, antara yang disenarai pendek ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Datuk Kamaruddin Husin.

Turut tersenarai ialah Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengarah Akademi Pengajian Tinggi (Akept), Datuk Dr. Ahmad Zainuddin.

"Dr. Sahol dan Dr. Ahmad masing-masing adalah bekas pegawai kanan dan pensyarah UiTM," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim sewaktu dihubungi berkata, beliau sebelum ini telah dua kali memperbaharui kontrak sebagai Naib Canselor sejak lantikan pertama ke jawatan itu pada 1 Januari 2001.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersikap terbuka dan menyerahkan kepada kementerian sama ada untuk menyambungnya atau tidak.

Utusan Malaysia, 13 Jun 2009 (Muka 16, Dalam Negeri)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...